Pejuang Ukraine Didakwa Guna Peluru Dicelup Lemak Babi Untuk Berdepan Pejuang Chechnya [Video]

Umum mengetahui perang Rusia-Ukraine sudah pun memasuki hari keenam dan tidak menampakkan sebarang tanda akan reda.

Data yang dikongsikan Kementerian Dalam Negeri Ukraine baru-baru ini menunjukkan terdapat 352 kematian di mana 14 darinya adalah kanak-kanak sepanjang lima hari peperangan.

Malah Rusia dilihat semakin menggandakan serangan apabila mengarahkan tentera Islam Chechnya untuk menyertai serangan mereka sejak Sabtu (26 Februari).

Terbaharu tular di media sosial satu video yang dikongsikan laman rasmi Pengawal Nasional Ukraine yang memperlihatkan seorang pejuang Ukraine dari tentera pergerakan berhaluan kanan, Azov sedang mencelup peluru dengan lemak babi.

Menerusi ciapan pada video tersebut, Pengawal Nasional Ukraine mendakwa tujuan peluru berkenaan disalut dengan lemak babi adalah sebagai persedian pejuang Azov untuk berdepan ‘Kadyrov Orcs’.

Kadyrov Orc yang dimaksudkan mereka ialah pejuang Chechnya iaitu askar yang dipimpin oleh Ramzan Kadyrov, pemimpin pro-Rusia di Republik Chechen, wilayah majoriti Muslim di Rusia.

Meskipun tiada pengesahan rasmi mengenai video berkenaan, perkongsian tersebut agak mengejutkan orang ramai apatah lagi ianya dikongsikan oleh akaun Twitter rasmi Pengawal Nasional Ukraine.

Menurut Al Jazeera, pejuang di dalam video itu turut didengari memberikan amaran kepada pejuang Chechen agar tidak sesekali mencuba untuk menyerang mereka.

“Wahai saudara Muslim. Dalam negara kami, anda tidak akan ke syurga. Tolong berundur. Di sini, anda akan berdepan kesusahan. Terima kasih kerana mengambil perhatian, Bye,” kata pejuang berkenaan.

Meskipun sudah menyertai tentera Ukraine sejak 2013, para pejuang dari rejimen Azov masih tetap dengan fahaman mereka yang tersendiri selain didakwa masih mengekalkan prinsip neo-Nazi dan pembawa ideologi ketuanan kulit putih.

Foto : Twitter Satish Viswanathan

Bahkan uniform dan lambang mereka masih tersemat lencana Wolfsangel yang kebiasaannya digunakan banyak division tentera Nazi suatu masa dahulu.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Fahmi Fadzil Kesal, Kecam Tindakan Meta Turunkan Artikel Anwar Jumpa Hamas

Menurut Fahmi, akaun Meta Malaysia Gazette telah dinyahaktif sehingga terpaksa membuka akaun baru.

26 mins ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: Naim Daniel Buat Laporan Polis, Dedah Ibu Bapa Diugut Bunuh

Jelas pelantun lagu Sumpah itu, komen yang dilemparkan telah lari dari objektif asal ciapannya di…

2 hours ago
  • Info
  • Trending

Islam Larang Perbuatan Paksa Orang Melutut Mintak Maaf – Mufti Wilayah Persekutuan

Perbuatan melutut juga bercanggah dengan tuntutan syarak supaya memberi kemaafan dengan berlapang dada.

3 hours ago
  • Trending

Wanita Nekad Gugurkan Kandungan Lepas Tahu Suami Seorang Pedofilia [Video]

Menurut Nur, keputusan itu dibuat setelah anak sulungnya yang berusia 12 tahun mendedahkan perbuatan keji…

3 hours ago
  • Trending

“Bukan Semua Tanggungjawab Kami” – DBKL Jelaskan Fakta Tentang Pokok Di KL Yang Ramai Tak Tahu

Bagi pokok awam yang dijaga oleh DBKL, pihak mereka akan melakukan pemantauan berkala jika berlaku…

4 hours ago
  • News
  • Trending

“Dia Tumbuk Saya Dulu” – Tular Video ‘Elmo’ Di Melaka Pukul Lelaki Gara-gara Bengang Diganggu

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima…

4 hours ago