Menteri Pendidikan Benarkan Calon SPM Terkesan Banjir Untuk Pakai Baju Biasa Duduki Peperiksaan

Umum mengetahui kawasan di pantai timur ketika ini sedang mengalami banjir besar terutama di beberapa daerah di Terengganu serta Kelantan.

Keadaan  banjir yang berterusan sejak beberapa hari yang lalu telah memberi kesan yang buruk kepada penduduk khususnya pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

Ini kerana, terdapat beberapa barang seperti buku dan baju uniform sekolah yang telah hanyut atau rosak di bawa air deras.

Malah jumlah mangsa banjir di beberapa kawasan di Terengganu dan Kelantan semakin meningkat seperti Kemaman, Kuala Nerus, Besut, Pasir Mas serta banyak lagi.

Keadaan ini sekaligus menyukarkan mereka untuk hadir menduduki SPM  yang bermula pada hari ini.

Namun begitu, Menteri Kanan Pendidikan iaitu Datuk Dr Radzi Jidin telah membenarkan calon-calon yang terkesan untuk memakai apa-apa saja pakaian yang bersesuaian.

Beliau juga menyifatkan bahawa didalam keadaan krisis ini kita tidak boleh terlalu memilih.

“Memahami situasi semasa banjir, KPM juga memutuskan memberi kelonggaran dari segi pemakaian uniform sekolah. Calon SPM 2021 dibenarkan memakai pakaian lain yang sopan dan bersesuaian,” kata Dr Radzi.

Tambah beliau, KPM menerusi Lembaga Peperiksaan sentiasa memantau rapi situasi banjir dan telah menyediakan pelan tindakan bagi memastikan calon SPM tahun 2021 dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan teratur dan selamat.

Sebagai info, seramai 407,097 orang calon yang terlibat di dalam Ujian Sijil Peperiksaan Malaysia 2021 yang bermula daripada 2 Mac sehingga 29 Mac ini.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

10 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

11 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

11 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

11 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

13 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

13 hours ago