Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi mengumumkan Malaysia akan memasuki Fasa Peralihan Endemik bermula 1 April ini.
Jelas beliau fasa ini adalah fasa peralihan atau exit strategy agar negara kita dapat kembali kepada kehidupan normal selepas rakyat bergelut dengan pandemik COVID-19 sejak dua tahun lalu.
Namun beliau menegaskan fasa ini hanyalah bersifat sementara sebelum negara beralih ke fasa endemik sepenuhnya yang mana ia tertakluk kepada pengumuman Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Malah peralihan ini tidak akan menggugurkan kewajiban SOP utama iaitu pemakaian pelitup muka di tempat awam.
Selari dengan peralihan ini, kerajaan akan melonggarkan beberapa peraturan yang sebelum ini dikuatkuasa sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan juga Pelan Pelan Pemulihan Negara (PPN) antaranya tiada lagi penjarakan fizikal di rumah ibadat selain pemansuhan had waktu operasi premis perniagaan.
Bagi memudahkan anda, di bawah kami kongsikan kesemua SOP Fasa Peralihan Endemik yang akan dikuatkuasakan bermula 1 April itu :
Selain itu tiada lagi had kapasiti 50% untuk aktiviti perkumpulan
Had kapasiti 50% untuk aktiviti yang melibatkan perkumpulan ramai akan dimansuhkan secara menyeluruh. Namun, penjarakan fizikal sangat penting dan masih digalakkan.
Seiring dengan perancangan memasuki Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’, kerajaan turut memutuskan supaya sempadan negara turut dibuka semula pada 1 April ini.
Dengan pembukaan semula sempadan negara ini, rakyat Malaysia yang mempunyai dokumen perjalanan yang sah kini boleh keluar masuk negara seperti biasa serta dibenarkan untuk pergi ke mana- mana negara yang turut membuka pintu sempadannya kepada pengembara luar.
Dalam masa yang sama, rakyat negara luar dengan dokumen perjalanan yang sah juga boleh melakukan pergerakan keluar masuk ke Malaysia tanpa perlu lagi memohon MyTravelPass yang akan dimansuhkan. Sebaliknya, hanya perlu muat turun dan mengaktifkan aplikasi MySejahtera serta melengkapkan Pre-Departure Form melalui fungsi “Traveller” dalam MySejahtera.
“Walau bagaimanapun, mengambil kira situasi penularan COVID-19 terutama gelombang Omicron yang masih melanda negara kita dan kebanyakkan negara di seluruh dunia, terdapat beberapa prosedur yang wajib dipatuhi sama ada rakyat Malaysia sendiri mahupun pengembara luar yang ingin masuk ke Malaysia,” kata beliau lagi.
Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…
Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…
Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…
Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…
Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…