UAF Mahu Tarik Anugerah & Caps Bekas Kapten Bola Sepak Ukraine Kerana Tidak Kritik Rusia

Sudah hampir sebulan Perang Rusia-Ukraine berlangsung, selepas Presiden Rusia Vladimir Putin mengisytiharkan perang dan melancarkan ‘operasi ketenteraan khas’ terhadap bekas negara jiran Sovietnya itu.

Tindakan yang diambil menyebabkan Rusia teruk dikecam anggota NATO, serta negara-negara Kesatuan Eropah selain menerima banyak sekatan baik dari sudut ekonomi hinggalah ke sudut sukan.

Namun siapa sangka, di sebalik sekatan tersebut, badan induk bola sepak Ukraine iaitu Ukraine Association of Footbal (UAF) sedang bercadang untuk menghukum lagenda bola sepak merangkap bekas kapten pasukan bola sepak mereka, Anatoliy Tymoshchuk.

Ini kerana Tymoshchuk yang kini bergelar seorang penolong pengurus dilihat mengunci mulut malah langsung tidak bersuara atau mengkritik pencerobohan Rusia terhadap negara mereka.

Lebih menimbulkan kemarahan Ukraine FA apabila jurulatih berusia 42 tahun itu satu-satunya rakyat Ukraine yang masih kekal di liga bola sepak Rusia bersama pasukan Zenit St. Petersburg, walhal pemain dan jurulatih senegara sudah pun melepaskan jawatan mereka di sana.

Umpama ‘dewa’ bola sepak di sana

Buat peminat sukan bola sepak di Ukraine, Tymoshchuk dianggap seperti ‘dewa’ atau ‘goat’ mereka.

Dengan status sebagai pemain paling banyak beraksi untuk pasukan bola sepak kebangsaan iaitu 144 penampilan, populariti Tymoschuk juga sebenarnya jauh lebih gah dari ikon bola sepak Ukraine, Andriy Shevchenko.

Ini dibuktikan apabila dia pernah diundi sebagai pemain terbaik sepanjang zaman di negara tersebut dengan menewaskan Shevchenko yang lebih dikenali di seluruh dunia.

Bakal hilang gelaran ‘lagenda’ dan rekod pencapaian

Menurut UAF, perbuatan Tymoshchuk telah melanggar Kod Etika dan peraturan Fair Play selain telah ‘merosakkan imej bola sepak Ukraine.

Sehubungan itu mereka akan melucutkan semua gelaran yang dikurniakan serta medal yang pernah dimenangi di Ukraine termasuk tiga kejuaraan liga Ukraine, tiga piala dan Piala Super bersama kelab gergasi Ukraine, Shakhtar Donetsk.

Lebih buruk lagi, mereka juga mahu memadam segala rekod pencapaiannya termasuk penampilan (Caps) 144 bersama pasukan bola sepak Ukraine.

Sekiranya ini terjadi, secara automatik Shevchenko akan naik menjadi pemain paling banyak beraksi untuk pasukan nasional mereka.

“Sejak bermulanya pencerobohan tentera Rusia terhadap Ukraine, Tymoschuk bekas kapten pasukan kebangsaan Ukraine, bukan sahaja membisu tanpa sebarang kenyataan umum, tetapi tetap tidak menghentikan kerjasamanya dengan kelab penceroboh itu.

“Disaat bekas kelabnya, Bayern Munich mengeluarkan kenyataan dan menganjurkan perhimpunan menyokong Ukraine, Tymoschuk dilihat terus berdiam diri dan bekerja untuk kelab negara penceroboh (Zenit St. Petersburg).

“Dengan membuat pilihan yang dia sendiri sedar, Tymoschuk telah merosakkan imej bola sepak Ukraine dan melanggar Klausa 1.4. Bahagian 1 Artikel 4 Kod Etika dan Permainan Adil UAF”, kata UAF.

Lesen jurulatih bakal ditarik

Bukan itu sahaja, terdapat ura-ura yang mengatakan lesen kejurulatihan UEFA yang diperoleh Tymoshchuk di Ukraine juga bakal ditarik balik. Sekiranya benar beliau mungkin akan turut bedepan masalah untuk terus menjadi penolong pengurus buat Zenit di masa hadapan.

Satu-satunya cara untuk kembali menjadi jurulatih adalah dengan mengambil lesen yang baharu.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 day ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 day ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 day ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 day ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

1 day ago