Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebentar tadi mengesahkan Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan negeri Johor apabila memenangi 29 kerusi dari 56 kerusi yang diperuntukkan untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh, dengan ini BN berjaya memperolehi majoriti mudah apabila sudah memenangi 50% dari jumlah kerusi yang dipertandingkan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga dilihat sudah mengumumkan kemenangan BN di PRN Johor menerusi satu ciapan di laman Twitter miliknya.
Menurut SPR, BN berjaya memenangi 40 kerusi DUN sekaligus berjaya memperoleh majoriti 2/3 untuk membentuk kerajaan negeri.
Keputusan ini juga dilihat satu petanda memberangsangkan buat kem BN apabila ianya berjaya mengatasi pencapaian mereka pada PRU yang lalu.
Sebagai info, BN sebelum ini turut memenangi PRN Melaka dengan 21 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan.
Barisan Nasional – 40
Pakatan Harapan – 11
Perikatan Nasional – 1
Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) – 1
Parti Keadilan Rakyat (PKR) -1
Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…
Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…
Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…
Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.
Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…
Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…