fbpx
Now Reading
PRN Johor : Menang Majoriti Mudah, BN Bakal Bentuk Kerajaan Negeri

PRN Johor : Menang Majoriti Mudah, BN Bakal Bentuk Kerajaan Negeri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

[Terkini] – Keputusan penuh PRN Johor menyaksikan BN berjaya memenangi 40 dari 56 kerusi yang dipertandingkan


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebentar tadi mengesahkan Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan negeri Johor apabila memenangi 29 kerusi dari 56 kerusi yang diperuntukkan untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh, dengan ini BN berjaya memperolehi majoriti mudah apabila sudah memenangi 50% dari jumlah kerusi yang dipertandingkan.

Ismail Sabri sudah umum kemenangan

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga dilihat sudah mengumumkan kemenangan BN di PRN Johor menerusi satu ciapan di laman Twitter miliknya.

[TERKINI] Keputusan penuh : BN menang 40 kerusi

Menurut SPR, BN berjaya memenangi 40 kerusi DUN sekaligus berjaya memperoleh majoriti 2/3 untuk membentuk kerajaan negeri.

Keputusan ini juga dilihat satu petanda memberangsangkan buat kem BN apabila ianya berjaya mengatasi pencapaian mereka pada PRU yang lalu.

Sebagai info, BN sebelum ini turut memenangi PRN Melaka dengan 21 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan.

Keputusan penuh PRN Johor:

Barisan Nasional – 40

Pakatan Harapan – 11

Perikatan Nasional – 1

Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) – 1

Parti Keadilan Rakyat (PKR) -1

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.