fbpx
Now Reading
Ini Antara 70 Inisiatif PH-BN Untuk Rakyat Negeri Sembilan

Ini Antara 70 Inisiatif PH-BN Untuk Rakyat Negeri Sembilan

Antara tawaran yang diberikan dalam manifesto PH-BN di Negeri Sembilan adalah penyediaan sebanyak 4,000 unit rumah harga mampu milik dalam masa 5 tahun.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tinggal baki beberapa hari sahaja lagi untuk semua parti menjalankan kempen mereka bersempena dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung di enam negeri pada 12 Ogos ini.

Susulan itu, banyak negeri dari gabungan parti seperti Pakatan Harapan – Barisan Nasional (PH-BN) dan Perikatan Nasional (PN) telah mula membentangkan manifesto yang ditawarkan sebagai panduan kepada masyarakat apa yang bakal dilakukan jika mereka menang pada PRN nanti.

Baru-baru ini, parti gabungan PH-BN di Negeri Sembilan juga tidak ketinggalan apabila menawarkan sebanyak 70 tawaran inisiatif mengikut 10 teras utama.

Di bawah kami kongsikan antara inisiatif yang ditawarkan oleh PH-BN di Negeri Sembilan.

#1 Ekonomi pelaburan dan infrastruktur

  • Memperkukuhkan peranan negeri sebagai pemudahcara kepada pelabur luar untuk meningkatkan pelaburan asing.
  • Buka kawasan perindustrian baharu untuk tarik pelabur selain menggalakkan lagi ekonomi setempat.
  • Mejuduhkan pembangunan saksama antara daerah.

#2 Pendidikan dan Modal Insan

Foto: Pexels
  • Beri insentif khas galakan kecermerlangan sebanyak RM1,000 kepada anak-anak Negeri Sembilan yang memiliki keputusan cemerlang ‘straight A+’ dalam SPM/ STPM/STAM.
  • Tubuhkan Pusat Bakat untuk menjana modal insan kreatif dan inovatif anak muda serta pekerja industi Iejang (Industri Gig).
  • Bantuan komputer riba kepada pelajar tingkatan 6 dan ke atas daripada golongan B40.
  • Skim Dermasiswa Sara Hidup sebanyak RM150 sebulan untuk pelajar Universiti Awam (UA) yang tidak berkemampuan.
  • Tuisyen percuma untuk keluarga yang mempunyai pendapatan rendah.

#3 Kesejahteraan Rakyat

Bagi memudahkan rakyat terdapat beberapa bantuan kebajikan, kesihatan, pengurangan kos sara hidup yang ditawarkan serta banyak lagi antaranya adalah:-

  • Memberi lesen percuma bagi tempoh 5 tahun kepada penjaja.
  • Mewujudkan Pusat Pengurusan Pesakit Dialisis di setiap Pejabat Pusat Khidmat DUN dan meneruskan Tabung Perubatan Dialisis bagi pesakit yang tidak mampu.
  • Menaikkan bantuan am JKM (B4U) dari RM270 kepada RM300 dan RM320 kepada RM350.

#4 Belia, Wanita, Keluarga, Sukan dan Keusahawanan

Foto: Pexels

Tidak dinafikan belia serta semua golongan memainkan peranan yang penting dalam memajukan sesebuah kawasan.

Malah pelbagai sumbangan daripada golongan terbabit boleh disalurkan untuk menjadikan sebuah negeri itu maju contohnya dalam bidang perniagaan, persatuan serta banyak lagi.

Antara inisiatif ditawarkan kepada golongan ini adalah:-

  • Baucar sebanyak RM150 untuk anak muda dari keluarga B40 dan berusia dalam lingkungan 16 hingga 21 tahun untuk mendapatkan lesen motosikal.
  • Menyediakan prasarana untuk memasyurkan sukan e-sport kepada golongan muda selain dapat membuka ruang mereka melakukan aktiviti dalam mencungkil bakat baru.
  • Memperkasakan program pemulihan dalam komuniti untuk pusat jagaan kanak-kanak istimewa.

#5 Tanah dan Perumahan

Ingin meningkatkan lagi akses kepada rumah mampu milik kepada mereka yang berpendapatan rendah dan juga sederhana.

  • Menyediakan 4,000 unit rumah harga mampu milik dalam masa 5 tahun dalam Program Perumahan 1 Keluarga 1 Rumah dan Perumahan Belia.
  • Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) menjadi peneraju utama program perumahan di Negeri Sembilan.
  • Memperkembangkan program Perluasan Kampung dengan menyediakan tapak untuk membina rumah kepada golongan muda.

#6 Pertanian

Foto: Pexels

Tidak dinafikan pertanian merupakan antara industri yang sangat penting kepada sesebuah negeri malah ia juga dapat membantu pertumbuhan ekonimo yang lebih baik selain memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat.

Antara insiatif yang ditawarkan dalam pertanian adalah:-

  • Program Harga Jualan Ladang
  • Beri tumpuan dalam usaha untuk meningkatkan sekuriti makanan serta jaminan kepada bekalan makanan.
  • Membangunkan sektor pertanian sebagai industri yang berupaya untuk menjana ekonomi dan pendapatan.
  • Mewujudkan Satu Daerah Satu Pusat Pengumpulan / Pengedaran bahan-bahan pertanian.

#7 Pelancongan dan Alam Sekitar

Setiap negeri sudah tentu mempunyai keunikan yang tersendiri yang mampu menarik pelancong untuk terus hadir ke kawasan tersebut.

Perkara ini samalah dengan Negeri Sembilan yang terkenal dengan pantai dan juga alam sekitar yang bersih dan menarik perhatian.

Oleh itu, dalam memajukan industri pelancongan ini, antara tawarannya adalah:-

  • Meneruskan pelaksanaan Projek Agro Eko Pelancongan bagi kawasan Linggi di bawah Malaysian Vission Valley.
  • Mewujudkan kawasan Hub Pelancongan Makanan di semua daerah di Negeri Sembilan.
  • Memperkasakan industri pelancongan berteraskan tradisi, budaya dan warisan Negeri Sembilan.
  • Memastikan kawasan tadahan hujan dan alam sekitar terpelihara.

#8 Agama, Adat Budaya dan Masyarakat Orang Asli

Umum mengetahui di negara ini kita hidup berbilang bangsa yang sentiasa hidup dalam keadaan harmoni dengan kepercayaan agama masing-masing.

Namun kita juga mempunyai adat tersendiri yang menjadi keunikan dan gaya hidup segelintir masyarakat yang secara tidak langsung menunjukkan identiti sesebuah tempat dan masyarakat.

Berikut adalah beberapa inisiatif yang ditawarkan kepada agama, adat budaya serta Masyarakat Orang Asli.

  • Menjamin pengekalan adat, warisan dan budaya di negeri ini.
  • Memperkasakan institusi masjid, pegawai perkhidmatan masjid/ surau dan menjaga kebajikan guru KAFA dan guru Takmir.
  • Dana untuk program perpaduan pelbagai kaum.
  • Menjaga kebajikan Orang Asli serta melakasanakan infrastruktur dan program bagi memajukan masyarakat Orang Asli.
  • Dana untuk memperkasakan program adat perpatih dan dana untuk program perpaduan pelbagai kaum.

#9 FELDA

Negeri Sembilan juga mempunyai masyarakat FELDA di beberapa daerah di mana nasib mereka turut perlu dibela dan berikut merupakan insiatif yang bakal dilakukan kepada FELDA.

  • Buka peluang ekonomi dan keusahawan yang lebih luas di kawasan FELDA.
  • Sediakan bantuan kebajikan, persekitaran hidup yang selamat serta penyerdaan dalam sukan dan rekreasi yang lebih aktif.
  • Mengusahakan pendekatan terbaik untuk penyediaan perumahan Generasi Kedua FELDA.

Skim Sejahtera Rakyat

Selain daripada teras ini terdapat beberapa tawaran yang disediakan di dalam ‘Skim Sejahtera Rakyat’ dimana ia akan diuruskan serta disampaikan menerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Antara skim yang ditawarkan adalah:

  • Bayi dan kanak-kanak akan mendapat caruman Skim Simpanan Pendidikan Nasional sebanyak RM100 untuk setiap kelahiran baharu anak-anak Negeri Sembilan bermula 2023-2027.
Foto: Pexels
  • RM300 diberikan kepada pelajar sekolah yang masuk ke sekolah asrama penuh sebagai bantuan.
  • Siswa dan siswazah menerima Bantuan Khas kemasukan ke IPT sebanyak RM1,000 untuk Ijazah Sarjanan Muda, RM750 untuk Diploma dan RM500 untuk sijil. Selain itu Anugerah Khas tamat pengajian dengan keputusan Ijazah Kelas Pertama di Institusi Pengajian Tinggi Awam akan mendapat RM5,000.
  • Bantuan perkahwinan sebanyak RM500 kepada setiap anak negeri yang mendirikan perkahwinan buat kali pertama.
  • RM200 Sumbangan Keceriaan tahunan kepada ibu tunggal berpendapatan bawah RM2,000.
  • Warga emas berumur 70 tahun ke atas akan mendapat Sumbangan Kecerian tahunan sebanyak RM200.
  • Bantuan ‘Food Bank’ untuk keluarga termiskin di dalam sistem e-Kasih bagi Pengurangan Kos Sara Hidup.

Wah banyak juga tawaran yang diberikan oleh PH-BN di Negeri Sembilan, kini sudah tiba masa rakyat pula untuk menilai dan melakukan keputusan yang bijak untuk memilih.

Apa yang penting adalah jalankan tanggungjawab anda sebagai rakyat untuk pergi mengundi pada 12 Ogos nanti ya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai manifesto yang ditawarkan oleh parti gabungan PH-BN di Negeri Sembilan kunjungi link ini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.