fbpx
Now Reading
Guru Rempuh Pagar Rumah Gara-gara Ingin Elak Kucing Melintas

Guru Rempuh Pagar Rumah Gara-gara Ingin Elak Kucing Melintas

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, kemalangan berlaku ketika guru tadika berusia 20 tahun itu sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari Ulu Bendul menuju ke Taman Bukit Mutiara.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Gara-gara ingin mengelak daripada melanggar seekor kucing yang sedang melintas jalan, seorang guru tadika berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh pagar sebuah rumah.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku semalam (4 Mac) semasa guru berkenaan sedang memandu di kilometer 27, Jalan Seremban – Kuala Pilah, dekat Kampung Ibol, Negeri Sembilan.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Gani berkata, kemalangan berkenaan berlaku kira-kira pukul 5.35 petang melibatkan guru wanita berusia 20 tahun itu yang memandu kereta jenis Perodua Myvi.

Guru tadika terlibat kemalangan ketika dalam perjalanan balik ke rumah

Menurutnya, mengikut siasatan, mangsa dikatakan dalam perjalanan dari Ulu Bendul menuju pulang ke rumahnya yang terletak di Taman Bukit Mutiara.

“Ia dipercayai hilang kawalan akibat mengelak binatang melintas. Akibat dari kemalangan tersebut, pemandu kereta telah dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah untuk menerima rawatan lanjut,” katanya dipetik Kosmo semalam.

Berkongsi lanjut, Amran berkata kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59) dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Foto: PDRM

Kemalangan akibat elak haiwan liar melintas di Malaysia

Sekadar info, ini bukanlah kejadian kemalangan pertama yang berlaku melibatkan kenderaan cuba mengelak haiwan liar melintas.

Malah lebih parah lagi apabila sampai meragut nyawa individu yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: Kereta Nyaris Masuk Tasik Gara-Gara Elak Binatang Liar

Baca Artikel Berkaitan: Anggota Polis Di Perak Maut, Motosikal Dinaiki Terbabas Selepas Elak Haiwan Liar Melintas

Boleh claim insurans ke kalau terlanggar haiwan liar?

Mungkin situasi sebegini amat jarang berlaku, tetapi malang tidak berbau. Bagi yang tidak tahu, anda boleh membuat tuntutan insurans sekiranya kereta yang dipandu rosak akibat terlanggar haiwan liar yang melintas dan sebagainya.

Namun, tuntutan perlulah dibuat di bawah tuntutan kerosakan sendiri (own damage) yang mana secara tidak langsung ia akan memberi kesan kepada kadar NCD semasa, lapor Bjak.

Gambar sekadar hiasan (Foto: Pexels)
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.