“Saya Ada Kecemasan” – Tengku Zafrul Nafi Letak Jawatan Menteri Kewangan

Sejak semalam, nama Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul bin Tengku Abdul AzizTengku Zafrul hangat diperkatakan di media sosial sejurus pengumuman pengeluaran khas KWSP yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ini selepas beberapa individu mendakwa beliau sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan lebih rela meletak jawatan daripada meluluskan RM10,000 pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Antara individu yang membangkitkan perkara berkenaan adalah Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil.

Isu itu terus hangat hari ini (17 Mac) apabila beliau tidak menghadirkan diri di sesi Dewan Rakyat sewaktu perbentangan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan 2021 (2022).

Ini menyebabkan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar turut bertanyakan perkara sama sewaktu Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Mohd Shahar Abdullah bangun untuk melakukan perbentangan.

Terbaharu, Menteri Kewangan itu tampil menerusi satu kenyataan di Facebook menafikan bahawa beliau sudah meletakkan jawatan.

Menurut Tengku Zafrul, beliau ada sedikit hal kecemasan yang perlu diuruskan pagi tadi, bahkan perkara itu sudah dimaklumkannya semalam.

“Saya mohon, kalau boleh, adillah sikit bila buat laporan media – gunakanlah kuasa pena anda untuk menceritakan hal yang betul, bukan menghebahkan khabar angin.

“Mengenai isu ketidakhadiran di Parlimen pada sesi MQT (Waktu Pertanyaan Menteri) pula, saya ingin menjelaskan bahawa ada sedikit kecemasan peribadi yang terpaksa diuruskan pada pagi ini, dan perkara ini telah pun dimaklumkan semalam.

“Tiada niat untuk tidak menunaikan tanggungjawab saya menjawab soalan sebagai Menteri Kewangan,” kata Tengku Zafrul.

Hanya menteri boleh jawab soalan MQT

Tambah Tengku Zafrul, mengikut prosedur operasi standard (SOP) soalan MQT, hanya menteri sahaja yang boleh memberikan jawapan.

“Ini bukan pertama kali seorang menteri diminta untuk membacakan jawapan Menteri lain. Banyak ‘precedent on this’.

“Terima kasih YB Menteri Agama kerana membacakan jawapan saya. Semua soalan tambahan akan saya sediakan jawapan secara bertulis, dan saya meminta maaf kepada YB Padang Serai serta YB Tumpat dan YB Pokok Sena (yang bertanya soalan tambahan) atas kesulitan yang telah berlaku,” kata beliau lagi.

Recent Posts

  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

3 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

3 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

3 hours ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

4 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

5 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

5 hours ago