Scammer ‘Koyak’ Selepas Dapat Tahu Mangsa Bagi 5 Sen Sahaja

Kes jenayah melibatkan penipuan dalam talian bukan satu lagi perkara baharu di negara kita. Malah ia boleh dikatakan ia semakin berleluasa dan meningkat hingga menimbulkan kegusaran banyak pihak.

Keadaan ini membuatkan pihak berkuasa kerap tampil memberi amaran dan tips bagi memastikan orang ramai tidak menjadi mangsa penjenayah licik ini.

Namun keadaan dilihat sedikit berbeza buat seorang scammer aka penipu apabila cubaannya untuk memperdayakan seorang guru di Perak tidak menjadi.

Lebih teruk lagi apabila dia pula ‘ditipu’ dan dikenakan oleh pendidik berkenaan.

Mahu ‘pinjam’ RM1,000

Menerusi laporan Harian Metro, guru yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad itu berkata, dia pada mulanya telah dihubungi oleh seseorang individu di Telegram yang menghantar mesej menggunakan indentiti rakannya.

‘Si rakan’ kemudian meminta bantuannya agar dipinjamkan wang sebanyak RM1,000.

Hanya bagi 5 sen

Mengakui bernasib baik kerana sudah menyedari bahawa mesej itu bukanlah daripada rakannnya, Ahmad kemudian bertindak mengiyakan apa sahaja permintaan scammer tersebut.

Dia yang kebetulan berada di pekan terus ke bank untuk memasukkan wang sebanyak 5 sen kepada no akaun yang diberikan scammer terbabit.

“Apabila saya sedar telefon rakan saya telah digodam oleh scammer lalu saya mengiyakan permintaan scammer terbabit.

“Kebetulan saya berada di pekan ketika itu dan terus ke bank memasukkan sejumlah wang sebanyak lima sen sahaja dan kemudian ambil gambar slip bank serta hantar kepada scammer terbabit,” katanya kepada Harian Metro.

Mengetahui dirinya sudah ‘terkena’ game, scammer yang berang itu kemudian bertindak memaki guru berkenaan sebelum menamatkan perbualan.

“Memang licik sindiket penipuan ini iaitu dengan menggunakan identiti orang yang kita kenali untuk meminjam wang dan berjanji akan memulangkan kembali pada keesokan harinya.

“Kalau kita terpedaya atau tidak berfikir panjang maka sudah tentu kita akan memasukkan sejumlah wang yang diminta ke dalam akaun individu terbabit yang mungkin menjadi kaldai akaun,” katanya.

Tambah guru ini lagi, bukan beliau sahaja yang cuba ditipu oleh mereka, malah beberapa rakan gurunya turut menerima mesej dipercayai dari sindiket sama tetapi menggunakan nombor akaun bank yang berbeza.

Berlaku pada 19 Mac

Menerusi tarikh pada slip resit tersebut, insiden berkenaan dipercayai berlaku pada Sabtu, 19 Mac yang lalu di Slim River, Perak.

Boleh ke masukkan 5 sen?

Persoalannya bolehkah memasukkan wang serendah RM0.05 sen?

Meskipun tiada penjelasan lanjut, berpandukan pada resit dia mungkin telah menggunakan kaedah pemindahan menggunakan kad debit di mesin ATM.

Selain itu dengan jumlah serendah itu, kami percaya beliau atau sesiapa sahaja boleh menggunakan ‘Coin Deposit Machine’ untuk memastikan pemindahan sebanyak itu menjadi.

Ini kerana satu ciapan balas dari Maybank pada 2019 memaklumkan mesin Coin Deposit mereka boleh menerima duit syiling serendah 5 sen.

1 sen juga dibenarkan

Malah ianya juga boleh dilakukan secara pemindahan dalam talian (online transfer). Ini kerana Maybank sememangya membenarkan pelanggannya untuk melakukan pemindahan ke mana-mana akaun bank walaupun serendah RM0.01.

Cubaan kami memindahkannya wang 1 sen sebelum ini turut berhasil sekaligus membuktikan bahawa ia sememangnya boleh dilakukan tanpa sebarang halangan.

Baca artikel berkaitan :

Recent Posts

  • Trending

Gerakan ‘Blockout’ Bermula, Netizen Nak Selebriti & Influencer Tunjuk Solidariti Terhadap Palestin [Video]

Gerakan 'blockout 2024' terhadap sesetengah selebriti atau pempengaruh tempatan adalah disebabkan mereka didakwa masih mempromosi…

8 mins ago
  • Trending

Anis Nabilah Dipuji, Bantu Hantar Lelaki OKU Penglihatan Pulang Ke Rumah [Video]

Selain membantu menghantar pemuda OKU berkenaan pulang ke rumah, warganet turut memuji tindakan Anis yang…

1 hour ago
  • Trending

Ramai Kecam Tindakan Sekumpulan Individu Selamba Masak Mi Atas Dapur Di Stesen Minyak Genting Highlands [Video]

Menerusi video, kelihatan kumpulan berkenaan membawa dapur mudah alih, meja serta kerusi untuk memasak mi…

2 hours ago
  • Trending

[Video] Gara-gara Keluar Tak Bawa IC, Lelaki Dedah Pernah Tidur Lokap 4 Hari Dan Dipenjara Sehari

Disebabkan tidak mahu kad pengenalan sementara yang berupa sekeping kertas menjadi ronyok, lelaki ini bertindak…

3 hours ago
  • Trending

“Terbaik”- Penunggang Motosikal Tunda Kereta Avanza Guna Kaki Raih Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video turut kedengaran pelakon, Syean kagum dengan tindakan penunggang motosikal yang menunda kereta MPV…

3 hours ago
  • Trending

Tindakan Individu Buang 10,000 Anak Ikan Keli Dalam Sungai Undang Kerisauan

Kebanyakan warganet mengecam tindakan individu berkenaan dan mahu pihak berwajib seperti DOF jalankan siasatan.

4 hours ago