Video Pensyarah Didakwa Hina Pelajar Tiada Laptop Jadi Perdebatan Netizen

Umum mengetahui sejak berlakunya pandemik Covid-19, kaedah pengajaran secara bersemuka telah kurang dilakukan.

Ini kerana, rata-rata pelajar telah menjalani sesi pembelajaran secara atas talian (online) Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PDPR) di mana ia boleh dilakukan di mana-mana sahaja dengan menggunakan komputer, telefon pintar, tablet serta laptop.

Baru-baru ini, tular sebuah rakaman yang dikongsikan di Twitter memaparkan seorang pelajar diherdik oleh seorang pensyarah dari sebuah universiti awam kerana tidak mempunyai komputer.

Menerusi video, pensyarah terbabit telah bertanya kepada pelajar adakah dia menggunakan telefon untuk masuk ke dalam kelas online berkenaan?

“Kau pakai apa? Kau pakai phone eh? Mana kau punya komputer?

“Kau tinggal dekat mana? Bapak kau kerja apa? Mak kau kerja apa?,” tanya pensyarah itu.

Pelajar yang tinggal di Seremban, Negeri Sembilan itu menjawab dia tidak mempunyai komputer dan bapanya tidak bekerja manakala ibu pula sudah tiada lagi.

Minta kakak untuk jual gelang emas dan belikan laptop

Pensyarah itu kemudian mengarahkan pelajar itu agar meminta kakaknya untuk menjual gelang emas bagi membelikannya sebuah komputer.

“Aku cakap dengan kamu. kalau kau ada kakak ada gelang emas, pergi jualkan gelang emas, pergi beli komputer.

“Patut tu kau tak boleh belajar dengan baik, disebabkan kerana kau tidak ada komputer. Lepas ni aku akan ajar kau Excell, pasal itu kau akan menjadi drop ou student. Semester lima kau tak ada komputer.

“Apa masalah kau? Pasal itu aku tak boleh duduk dengan orang B40 ya. Dia lebih memikirkan pasal lain daripada pelajaran. Ok kelas, kau tutup kamera kau tu, aku tak nak tengok lagi dah,” kata pensyarah itu.

‘At least dia pakai phone pun dia ada juga niat nak masuk kelas online’

Rakaman yang di muat naik ini bagaimanapun telah mengundang perdebatan netizen yang rata-ratanya marah dengan tindakan pensyarah bertaraf profesor itu dan ada yang berkata sekurang-kurangnya pelajar itu mempunyai usaha untuk belajar.

Bukan itu sahaja, video berkenaan turut menarik perhatian Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq apabila dia turut memberi reaksi terhadap insiden berkenaan.

‘Kurang rasa empati, laptop apa eh yang RM800?’

‘Prof tak tahu kesulitan keluarga B40. Kais pagi makan pag, kais petang makan petang’

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

17 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

17 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

17 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

17 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

19 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

20 hours ago