Pengadil Bundesliga Raih Pujian, Hentikan Game Agar Pemain Dapat Buka Puasa

Seorang pengadil Bundesliga, menjadi tumpuan dunia selepas dia menghentikan satu perlawanan bola sepak bagi membolehkan seorang pemain beragama Islam berbuka puasa.

Matthias Jollenbeck, memberhentikan sementara permainan di antara Mainz dan Augsburg pada minit ke-65 bagi memberi ruang kepada pemain pertahanan Mainz, Moussa Niakhate untuk membasahkan tekaknya.

Turut dibantu penjaga gol

Menerusi video yang tular di media sosial, pemain kelahiran Perancis yang sedang berbuka puasa itu turut ditemani penjaga gol, Robin Zentner yang dilihat berbual sambil memberikannya dua botol air.

Sebaik selesai, pemain berusia 26 tahun itu kemudian menghampiri Jollenbeck dan berjabat tangan dengannya sebagai tanda terima kasih.

Pertama kali berlaku dalam sejarah Bundesliga

Tindakan Jollenbeck sekaligus menjadikan perlawanan itu sebagai game pertama dalam sejarah Bundesliga yang diberhentikan bagi tujuan berkenaan.

Ia bukan sahaja dipuji penonton dan peminat bola sepak di seluruh dunia, bahkan Pengarah Komunikasi Jawatankuasa Pengadil Jerman, Lutz Michael Frohlich turut menyokong tindakan yang dilakukan pengadil berkenaan.

“Tidak ada arahan khas dalam hal ini, tetapi sudah tentu kami menyokong pengadil kami untuk membenarkan rehat ketika Ramadan atas permintaan pemain,” kata Frohlich.

Turut berlaku dalam perlawanan RB Leipzig vs Hoffenheim

Tidak lama kemudiannya insiden serupa turut berlaku dalam perlawanan di antara RB Leipzig dan Hofenfenheim apabila pengadil, Bastian Dankert memberhentikan perlawanan bagi membenarkan pemain pertahanan Mohamed Simakan untuk berbuka puasa.

Pernah berlaku di EPL musim lalu

Sebagai rekod, insiden sebegini pernah berlaku di English Premier League (EPL) pada musim lalu sewaktu perlawanan diantara Leicester City dan Crystal Palace bagi membolehkan dua pemain iaitu Wesley Fofana (Leicester) dan Cheikhou Kouyate (Crystal Palace) untuk berbuasa puasa.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

3 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

3 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

3 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

4 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

5 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

6 hours ago