Berang Diganggu Tanpa Henti, Mike Tyson Tumbuk Penumpang Celupar Dalam Pesawat [Video]

Bekas juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson menjadi topik hangat pengguna media sosial selepas dia dilapor telah menumbuk seorang lelaki di dalam sebuah pesawat Jet Blue pada Rabu, 20 April.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku gara-gara tindakan penumpang berkenaan yang tanpa henti mengganggu petinju berkenaan sebelum pesawat berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco ke Florida, Amerika Syarikat.

Menerusi video yang tular, Tyson yang menurunkan tempat duduknya dilihat menumbuk lelaki tersebut bertubi-tubi sehingga menyebabkan mukanya mengalami kesan lebam dan sedikit pendarahan.

Lelaki berkenaan yang sebelum ini begitu ‘teruja’ dilihat mengangkat kedua-dua tangannya sebagai cubaan melindungi anggota badannya dari terkena tumbukan padu Tyson.

Tyson sebelum tu ceria layan peminat, siap berselfie

Menurut portal TMZ, beberapa saksi menjelaskan petinju berusia 55 tahun itu pada mulanya begitu ceria dan selesa melayan penumpang-penumpang lain. Malah dia juga tidak keberatan apabila diminta berselfie dengan saksi.

Dia bagaimanapun mula menjadi tidak selesa dan bad mood apabila ‘peminat’ berkenaan berterusan menganggunya.

Keadaan jadi lebih merimaskan buat Tyson memandangkan tempat duduk lelaki itu betul-betul di belakangnya.

“Tyson mula menjadi jengkel apabila lelaki di belakangnya bercakap di telinganya… dan memintanya agar bertenang. Apabila lelaki itu enggan berbuat demikian, ketika itulah saksi lihat Tyson mula menumbuk muka lelaki itu beberapa kali,” lapor TMZ.

Tambah saksi, Tyson kemudian dilihat meninggalkan pesawat sebelum ianya berlepas.

Peminat mungkin mabuk

Dalam pada itu, sumber terdekat Tyson turut memaklumkan lelaki berkenaan sebenarnya dalam keadaan mabuk dan berterusan membuat provokasi terhadap petinju itu dari tempat duduknya.

Malah menurut TMZ, Polis San Francisco (SFPD) turut memaklumkan telah menahan dua individu yang terlibat dalam insiden tersebut. Namun mereka mendedahkan sukar mendapat maklumat kerana mangsa yang dirawat enggan memberikan kerjasama kepada pihak polis.

Insiden ini nyata menarik perhatian orang ramai kerana Mike Tyson sebelum ini pernah memberikan nasihat keras terhadap ‘keyboard warrior’ yang kerap kali mencari nahas dengan memaki hamun orang semasa berada di media sosial.

“Social media made you all way too comfortable with disrespecting people and not getting punched in the face for it.”

Mike Tyson

Isu ini turut menarik perhatian usahawan dan Presiden Ultimate Fighting Championship (UFC), Dana White yang berseloroh memberikan tips kepada orang ramai apa yang sepatutnya mereka lakukan jika bertemu dengan Mike Tyson di dalam pesawat.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

2 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Pemandu Warga Emas Langgar Lampu Merah Jadi Punca Kemalangan Motosikal & Kereta

Menurut KPD Seremban, kemalangan terbabit melibatkan mangsa penunggang motosikal berusia 44 tahun dan pemandu wanita…

3 hours ago
  • Trending

Perodua Ativa Kantoi Ikut Belakang Peronda Polis Untuk Elak Trafik [Video]

Menerusi video, turut kelihatan Perodua Ativa itu mengekori kereta peronda sewaktu jalan sesak sebelum ditegur…

4 hours ago
  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

2 days ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

2 days ago