Dakwaan Hari Raya Aidilfitri Jatuh Pada 2 Mei Adalah Tidak Tepat

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila rata-rata orang ramai mendapat satu mesej berantai yang kononnya umat Islam akan menyambut Syawal lebih awal daripada yang dijangkakan.

Susulan itu, Balai Cerapan Al-Khawarizmi telah tampil menafikan dakwaan bahawa sambutan Aidilfitri akan disambut pada Isnin depan atau 2 Mei.

Sebarang makluman awal sebelum hasil keputusan rukyah adalah tidak benar

Agensi di bawah Jabatan Agama Islam Melaka menerusi satu hantaran di Facebook menyatakan, sebarang pemakluman awal adalah tidak benar sehinggalah hasil keputusan rukyah pada 29 Ramadan 1443H diterima dan selesai dilakukan.

Menurutnya, kaedah penetapan awal bulan Islam di Malaysia adalah secara imkanurukyah (rukyah dan hisab).

Foto: FB Balai Cerapan Al-Khawarizmi

Hasil keputusan rukyah akan dilaporkan pada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

“Rukyah dilakukan pada petang 29 Ramadan 1443H di lokasi yang sudah ditetapkan di seluruh Malaysia dan hasil keputusan rukyah akan dilaporkan pada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

“Hasil keputusan rukyah akan dilaporkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam 29 Ramadan 1443H. Keputusan kenampakan hilal akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja,” jelasnya di dalam Facebook.

Tular sebuah mesej mendakwa 1 Syawal 1443H jatuh pada 2 Mei 2022 (Isnin)

Menerusi laporan Kosmo! pula, Sebelum ini tular sebuah mesej yang mendakwa data yang diperoleh dari Pejabat Almanak Nautika Baginda (UK) yang menunjukkan ketinggian dan panjang anak bulan baharu pada waktu matahari terbenam bagi Kuala Lumpur adalah 5 darjah dan 7 darjah.

Menurutnya, itu bermaksud dengan kaedah Imkanur Rukyah, hilal baharu kelihatan walaupun ia tidak dapat dilihat disebabkan cuaca yang buruk.

“Oleh itu, selepas proses pengesanan selesai, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hendaklah mengisytiharkan bahawa 2 Mei 2022 (Isnin) adalah 1 Syawal 1443H, sehari lebih awal daripada tarikh yang dinyatakan dalam kalendar rasmi,” ulasnya.

Kedit gambar: Petronas

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

“Tahun Terakhir Saya Sebagai Penyanyi” – Aliff Syukri Umum Undur Diri Dari Dunia Nyanyian

Menurut usahawan terkenal itu, dia sudah putus asa dan mahu memberikan peluang kepada artis-artis baharu…

9 hours ago
  • Trending

Lelaki Handsome Bila Berduit? Ini Pendapat Golongan Wanita [Video]

Topik ini mula timbul selepas video seorang influencer TikTok bertanya kepada beberapa individu apakah definisi…

10 hours ago
  • Trending

Kejadian Kepala Air Di Lata Iskandar Cetus Kerisauan Ramai [Video]

Menurut Amsyar, insiden dirakam kira-kira jam 7.40 pagi pada 13 Mei ketika dia menuju ke…

10 hours ago
  • Trending

Penunggang Motosikal Dikecam Selamba Rosakkan Cermin Sisi Ativa Ketika Di Jalan Raya [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan penunggang motosikal terbabit memukul cermin sisi kereta Ativa berkenaan dan menyebabkan…

12 hours ago
  • Trending

“Maaf Hanya Mampu Bawa Pergi Kedai Eco” – Lelaki Bawa Ibu Pergi Kedai RM2 Sempena Hari Ibu Raih Perhatian [Video]

Melalui video yang dikongsikan itu, kelihatan ibu pemuda berkenaan dilihat sedang memilih bunga perhiasan serta…

13 hours ago
  • Trending

Ramai Kagum Lihat Wanita Jaga Ibu ‘Bedridden’, Siap DIY Katil [Video]

Menurut Aisyah ayahnya sakit sejak tahun 2021 kerana sakit saraf manakala si ibu pula sakit…

13 hours ago