Tular Bezza Hitam Langgar Lari Motosikal Di Federal Highway, Polis Mohon Saksi Tampil Bantu Siasatan [Video]

Sejak dua hari lalu, tular satu video di media sosial memperlihatkan sebuah kereta jenis Perodua Bezza melanggar lari seorang penunggang motosikal di Lebuhraya Persekutuan Kuala Lumpur.

Menerusi video tersebut, Bezza berkenaan yang dilihat menggunakan laluan motosikal telah merempuh seorang penunggang motosikal di laluan yang sama.

Video 1

@utusantvofficial Kejadian di KM 12.5 di Lebuhraya Persekutuan | 9 April | 12.15 tgh malam. Semalam baru tular. #fyp #TrendingNewsMalaysia #beritaditiktok ♬ original sound – UtusanTV

Tindakannya menyebabkan si perakam dan beberapa lagi rakannya bertindak membuat laporan polis dan dalam masa sama cuba menghalang kenderaan tersebut dari melarikan diri.

Penularan video berkenaan menimbulkan kemarahan netizen yang mahukan pelaku segera dikesan dan dikenakan tindakan sewajarnya.

Polis sedang memburu pelaku

Terbaharu, Polis Shah Alam mengesahkan insiden berkenaan berlaku pada 9 April 2022 sekitar jam 12.15 pagi di lorong motosikal KM 12.5 Lebuhraya Persekutuan menghala ke Klang.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Bin Ibrahim, rempuhan dari arah belakang oleh kereta Bezza hitam bernombor pendaftaran VAL7553 menyebabkan mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan.

Sehubungan itu pihaknya sedang sedang memburu pemandu Bezza berkenaan kerana memandu secara melulu dan dan merbahaya.

Foto : Twitter Rasul Shamsuddin

“Mangsa telah terjatuh dan mengalami kecederaan di muka dan tangan. Dia telah dibawa ke Hospital Tunku Ampuan Rahimah Klang untuk menerima rawatan,” kata Mohd Iqbal.

Kes disiasat di bawah Seksyen 42 APJ 1987 kerana memandu secara melulu dan merbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya yang lain.

Minta saksi tampil bantu siasatan

Beliau dalam masa sama turut meminta saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Orang ramai boleh menghubungi Sarjan Wan Zafirah Binti Wan Mohd Sukri di talian 017- 5718125.

Hasial carian kami mendapati ada foto dan video yang sudah dikongsikan seorang pengguna media sosial, Rasul Shamsuddin di Twitter dan Facebook miliknya pada 9 April yang lalu.

Video 2

Video 3

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago