Demi Raih Views, Bintang TikTok Dari Pakistan Selamba Bakar Hutan [Video]

Tidak dinafikan ramai influencer di media sosial sanggup melakukan pelbagai jenis konten menarik demi mengejar likes dan jumlah tontonan.

Namun dengan kewujudan ribuan pereka kandungan, peluang untuk meraih tontonan yang tinggi dilihat semakin sukar. Satu-satunya cara untuk terus mendapat perhatian adalah dengan menghasilkan konten yang ‘gila-gila’ dan ekstrem.

Itu yang dilakukan Humaira Asghar, seorang TikToker di Pakistan apabila dia nekad menyalakan api hingga berlakunya kebakaran hutan hanya untuk merealisasikan hajatnya.

Namun tindakan wanita dengan pengikut seramai 11 juta ini ternyata mengundang kecaman netizen, wakil agensi kerajaaan malah badan bukan kerajaan (NGO) di Pakistan yang mahukan dia dikenakan tindakan.

Bakar di kawasan Taman Negara

Menerusi video yang tular di media sosial, Asghar yang sedang memperagakan satu busana dilihat berjalan menuruni sebuah bukit yang jelas sedang dijilat api.

Menurut fail pihak berkuasa, kawasan berkenaan adalah kawasan yang terletak di bawah hutan simpan iaitu Taman Negara Kohsar.

Kapsyen undang kecaman

Apa yang lebih menimbulkan kemarahan rakyat di sana apabila kapsyen yang digunakannya seolah-olah tidak sensitif di saat negaranya sedang berdepan kemarau dan cuaca panas hingga menyebabkan banyak hutan terbakar.

Menurut laporan NDTV, kapsyen yang ditulis wanita ini ialah : “Api marak di mana sahaja saya berada.”

Video berkenaan bagaimanapun telah dipadamkan selepas dia menerima kritikan hebat dari orang ramai.

Bukan kali pertama, sudah jadi trend di TikTok

Difahamkan insiden ini bukanlah yang pertama, sebalikya India Express melaporkan, terdapat satu insiden serupa yang berlaku di bandar Abbottabad di mana seorang lelaki ditahan kerana sengaja membakar hutan sebagai konten videonya. 

Malah wakil dari Agensi Pengurusan Hidupan Liar Islamabad, Rina S Khan Satti turut mendedahkan perkara sama dan menyifatkan perbuatan anak-anak muda ini adalah satu kerja bodoh dan begitu membahayakan.

Tambahnya jika kejadian sebegini berlaku di Australia, pelaku akan dikenakan tindakan undang-undang iaitu dipenjarakan seumur hidup.

Justeru dia mencadangkan agar undang-undang serupa diperkenalkan di Pakistan agar mereka boleh ditangkap dan dipenjarakan.

Dalam pada itu, Asghar turut tampil menerusi satu hantaran di Instagram menafikan dia telah membakar hutan di Taman Negara Kohsar, sebaliknya dia hanya membakar kawasan kecil yang terletak di sebuah lokasi berbeza.

Recent Posts

  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

4 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

4 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

4 hours ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

5 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

6 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

6 hours ago