Dunia media sosial yang semakin luas ketika ini telah membuatkan segelintir pengguna sanggup melakukan apa sahaja dalam menghasilkan sesebuah konten untuk meraih perhatian ramai netizen.
Malah, ada juga yang sanggup membahayakan diri sendiri dan tidak berfikir panjang apakah kesan yang akan terjadi di masa akan datang.
Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan tiga orang pemuda di sebuah gim yang melakukan satu perkara yang menjijikan sewaktu menelan suplemen.
Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, @zua_al_azmi kelihatan individu yang pertama telah memasukkan air ke dalam mulut sebelum bertindak memindahkannya kepada individu kedua, kemudian individu kedua pula memindahkan air di dalam mulutnya kepada individu ketiga.
Kelakuan jijik yang dilakukan oleh ‘Abang Sado’ berkenaan ternyata membuatkan netizen terkejut serta geli kerana mereka sanggup melakukan aksi kotor tersebut serta mengabaikan kebersihan demi sebuah konten.
Malah tindakan itu turut ditegur oleh seorang anggota perubatan yang menyatakan tindakan ‘Dry scooping‘ atau menelan suplemen tanpa menggunakan air tidak baik untuk kesihatan. Apatah lagi membiarkan orang meludah air di dalam mulut adalah perkara yang lebih teruk dan kotor.
Oleh itu, orang ramai berharap supaya perkara menjijikan ini tidak menjadi ikutan kerana ia boleh mengundang masalah yang melibatkan kesihatan.
Bukan itu saja, ada juga yang berharap pengguna media sosial lebih berhati-hati sebelum memuat naik sesebuah konten meskipun ia bertujuan untuk mencari populariti diri sendiri.
Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…
Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…
Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…
Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…
Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…