“14 Mayat Telah Ditemui” – Pasukan Penyelamat Temui Serpihan Pesawat Yang Terhempas Di Nepal

Tentera Nepal telah menemui lokasi nahas pesawat yang hilang dengan 22 penumpang di dalamnya.

Kesemua penumpang di dalam pesawat yang terhempas dikhuatiri maut, seorang pegawai kerajaan memberitahu ANI hari ini ketika pasukan penyelamat mengeluarkan mayat dari serpihan pesawat.

“Kami mengesyaki kesemua penumpang di dalam pesawat itu telah terkorban. Penilaian awal kami menunjukkan bahawa tiada siapa yang mampu terselamat dalam nahas pesawat itu, tetapi kenyataan rasmi akan dibuat,” kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Phhadindra Mani Pokhrel.

14 mayat telah dijumpai

Sekurang-kurangnya 14 mayat telah diambil dari lokasi nahas di 14,500 kaki di Sano Sware Bhir dari Thasang di daerah Mustang.

“14 mayat telah ditemui setakat ini, pencarian akan diteruskan untuk baki selebihnya . Cuaca yang sangat buruk tetapi kami berjaya membawa satu pasukan ke lokasi nahas.

“Tiada penerbangan lain dapat dilakukan,” kata jurucakap Deo Chandra Lal Karn kepada AFP.

Menerusi satu ciapan di Twitter, jurucakap Tentera Bridgedier Jeneral Narayan Silwal berkata, kawasan nahas terletak di Sanosware, Thasang-2, Mustang.

Beliau turut memuat naik gambar serpihan pesawat yang jelas kelihatan nombor pesawat.

Pesawat Turboprop Twin Otter 9N-AET yang dikendalikan oleh Tara Air telah terputus hubungan setelah beberapa minit berlepas dari bandar pelancongan Pokhara sekitar jam 10 pagi Ahad (29 Mei).

Pesawat buatan Kanada itu dikatakan terbang dari bandar Pokhara menuju ke Jomsom, sebuah bandar yang juga popular di tengah Nepal.

“Pesawat itu berada di ruang udara Jomsom dan kemudiannya melencong ke Mt. Dhauagiri selepas itu terus terputus hubungan,” Kata ketua pegawai daerah Netra, Prasad Sharma

4 Warganegara India turut dikenalpasti

Syarikat penerbangan itu turut mengeluarkan senarai penumpang di mana empat darinya adalah rakyat luar iaitu warga India.

Kementerian Dalam Negeri Nepal telah mengerahkan dua helikopter persendirian dari Mustang dan Pokhara untuk mencari pesawat yang hilang itu.

Unit rondaan dan pencarian daripada pasukan keselamatan turut berkerjasama dengan kumpulan penduduk tempatan dalam operasi mencari dan menyelamat di sekitar wilayah Dhaulagiri, lapor akhbar The Himalayan Times.

Recent Posts

  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

12 hours ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

13 hours ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

13 hours ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

13 hours ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

14 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

15 hours ago