Bengang Kena Hon Sebab Berdiri Tepi Jalan Temiang-Pantai , Rider ‘Samseng’ Acah Nak Hempuk Kereta [Video]

Pemandangan indah di sepanjang laluan Jalan Temiang-Pantai yang terletak di Seremban membuatkan lebuh raya dengan jolokan ‘New Zealand Malaysia’ ini sering menjadi tumpuan orang ramai untuk bergambar.

Keadaaan ini bagaimanapun kurang disenangi ramai penduduk tempatan dan pihak berkuasa memandangkan mereka yang bergambar pasti meletekkan kenderaaan mereka di lorong kecemasan sekali gus mengundang bahaya bagi pengguna jalan raya lain.

Terbaharu, tular di Facebook satu rakaman dashcam yang dimuat naik seorang pengguna, Up Wah Ab di grup Dashcam Malaysia memperlihatkan keretanya membunyikan hon kepada seorang penunggang motosikal yang berhenti di tepi jalan bersama rakan-rakannya.

Tindakan berkenaan dilakukan sebagai peringatan memandangkan penunggang motosikal itu dengan jelasnya dilihat berdiri di atas garisan jalan raya.

Mungkin bengang dengan hunyi hon tersebut, lelaki berkenaan kemudian dilihat memberikan reaksi yang agak agresif apabila cuba menghayunkan satu objek dipercayai helmet atau pouch beg miliknya ke arah kereta berkenaan.

“Nak lepak-lepak ambik gambar tak kisah, tapi jaga la had tu. Ini bukan taman rekreasi atau open house makcik kau.

“Orang hon tu nak bagi peringatan, kau nak marah smpai nak hempuk kereta orang pasal apa,” tulis pengguna Facebook berkenaan.

Perkongsian tersebut ternyata mencuri perhatian netizen di mana rata-rata dilihat mengecam perbuatan penunggang motosikal tersebut.

Malah ada yang merasakan dia agak biadap dan samseng walhal perbuatannya secara terang-terangan membahayakan nyawa dirinya dan orang lain.

Polis siasat penunggang motosikal berkenaan

Difahamkan pihak polis sudah pun membuka siasatan berhubung isu tersebut.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Nanda Maarof dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sudah mula menjalankan siasatan bagi mengesan pesalah yang terlibat.

Jelas beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana melakukan halangan di atas jalan.

Baca artikel berkaitan :

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

2 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

9 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago