Ketika ini beberapa institusi pengajian sedang sibuk meraikan para graduan dalam istiadat konvokesyen terutama sekali graduan yang telah menanti lama gara-gara pandemik Covid-19 yang melanda negara.
Oleh itu, sementara menanti majlis tersebut pasti ada di antara mereka yang telah memulakan langkah seperti masuk ke alam pekerjaan dan ada juga yang merancang untuk berkahwin dan tidak kurang juga yang telah berkeluarga serta mempunyai anak.
Malah, ada juga yang tarikh majlis persandingan mereka jatuh pada hari yang sama dengan sesi konvo yang ditetapkan seperti yang berlaku pada seorang pengantin perempuan ini apabila dia menerima ijazahnya sewaktu majlis perkahwinannya berlangsung.
Momen tersebut telah dikongsikan oleh sebuah akaun TikTok @cmimall, di mana pengantin perempuan tersebut yang dikenali sebagai Siti Aishah Binti Mohd Rosli merupakan seorang siswazah dalam jurusan Sains Biomolekul UiTM Shah Alam.
Apa yang lebih menarik adalah dia dapat meraikan dua momen indah tersebut secara serentak dalam majlis perkahwinannya.
Difahamkan pasangan pengantin ini tidak menyangka bahawa tarikh graduasi yang dimaklumkan pihak universiti adalah sama kerana telah membuat persediaan menempah pakej perkahwinan itu lebih awal.
Menerusi video yang dimuat naik, pengantin wanita itu turut disarungkan jubah oleh suami tersayang yang dikenali sebagai Fawzy.
Lebih mengujakan lagi dia turut dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama yang dibawa sijilnya oleh kedua ibu bapa semasa naik ke atas pelamin.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan tahniah kepadanya serta tidak kurang juga ada yang memuji kepintaran wanita ini kerani berjaya memiliki Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama.
Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…
Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…
Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…
Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…
Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…