Suspek Tikam Gadis 18 Tahun Pakai Kunci Kereta Sudah Ditahan, Direman Hingga 22 Jun [Video]

Kerana tidak berpuas hati mengenai isu perniagaan, seorang remaja perempuan diserang oleh seorang wanita di luar sebuah gerai mainan di Pantai Merdeka, Kota Kuala Muda, semalam (19 Jun).

Perkelahian tersebut menyebabkan mangsa yang berusia 18 tahun cedera di kening kanan selepas ditikam dengan menggunakan kunci kereta pada jam 6.22 petang.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, mangsa berada di gerai kakaknya sebelum diserang suspek.

“Berlaku pertengkaran dan pergelutan antara mereka berdua sebelum dileraikan orang ramai.

“Susulan itu, mangsa yang mengalami kecederaan di kening akibat terkena kunci kereta membuat laporan polis berhubung kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Suspek sudah pun ditahan & direman

Menurutnya lagi, suspek seorang operator kilang berusia 29 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.

Dia kini direman sehingga Rabu, 22 Jun bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.

Tidak berpuas hati dengan keluarga mangsa

“Setakat ini, siasatan awal mendapati punca kejadian dikatakan berlaku kerana suspek tidak berpuas hati dengan keluarga mangsa berhubung perniagaan.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan dan mangsa sudah mendapatkan rawatan di hospital,” ujarnya.

Terdahulu, rakaman video yang memaparkan insiden dua wanita sedang bergelut sebelum dileraikan oleh seoarang lelaki telah tular di media sosial.

@amiramastura

kes pantai merdeka berani kerana benar..kesian adk kmi kena dngn kunci kereta betina tu buat..#fypシ #pantaimerdeka

♬ bunyi asal – Amira Mastura – Amira Mastura

Dalam rakaman itu, kelihatan kening mangsa yang berbaju putih berlumuran darah dipercayai akibat terkena kunci kereta ketika bergelut dengan suspek.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

2 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Pemandu Warga Emas Langgar Lampu Merah Jadi Punca Kemalangan Motosikal & Kereta

Menurut KPD Seremban, kemalangan terbabit melibatkan mangsa penunggang motosikal berusia 44 tahun dan pemandu wanita…

3 hours ago
  • Trending

Perodua Ativa Kantoi Ikut Belakang Peronda Polis Untuk Elak Trafik [Video]

Menerusi video, turut kelihatan Perodua Ativa itu mengekori kereta peronda sewaktu jalan sesak sebelum ditegur…

4 hours ago
  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

2 days ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

2 days ago