Kanak-Kanak Orang Asli Dengan Mata Biru Tarik Perhatian Orang Ramai

Siapa sahaja pasti terpikat apabila melihat wajah comel seorang anak orang asli bernama Rafizal Baharom yang memiliki sepasang mata unik berwarna biru.

Anak kecil berusia 11 tahun ini telah dilahirkan dengan warna mata yang berbeza sehingga membuatkan ramai yang jatuh hati tatkala melihatnya.

Rafizal yang merupakan anak bongsu daripada dua beradik dari suku Semai, sering mendapat perhatian daripada rakan-rakan sekolahnya sehingga ramai gemar untuk bergambar bersama-sama, lapor Bernama.

Keunikan warna mata tidak diwarisi atau hasil perkahwinan campur

Ibunya Roshayati Bahmiri, 36, memaklumkan keunikan itu bukanlah diwarisi atau hasil perkahwinan campur sebaliknya satu anugerah dari Allah SWT.

Tambah Roshayati lagi, selain anaknya itu, dia serta abang dan anak lelaki sulungnya, Rafizi yang berusia 14 tahun juga dikurniakan mata biru namun pada sebelah mata sahaja.

“Ramai yang bertanya adakah saya berkahwin dengan mat salleh (Caucasian) dan pelik mengapa kami mempunyai mata berwarna biru. Ia adalah kurniaan dari Allah SWT sebagai hadiah kepada keluarga kami,” kata wanita itu kepada Bernama sewaktu ditemui di kediamannya di Kampung Batu 19, lebih kurang 100 kilometer daripada Ipoh.

Rafizal merupakan pelajar sekolah pendidikan khas

Roshayati berkata anak bongsunya itu baru sahaja mula belajar bahasa isyarat ketika berumur sembilan tahu dan kini sedang belajar dan menetap di asrama Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas di Chemor.

Walaupun Rafizal mempunyai sedikit kekurangan, namun ibunya percaya kehidupan di asrama adalah penting untuk membantu anaknya dalam membaiki pertuturan dan pendengaran selain menguasai bahasa isyarat.

Terima bantuan RM150 setiap bulan untuk keperluan sekolah

Menurut ibunya lagi, kanak-kanak bermata biru itu turut menerima bantuan kewangan bernilai RM150 pada setiap bulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk perbelanjaan berkaitan sekolah.

Sementara itu, guru sekolahnya A. Tain Moli berkata Rafizal merupakan seorang pelajar yang cemerlang dan bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga di dalam sukan.

Malah baru-baru ini, kanak-kanak itu baru sahaja bertanding dalam acara lontar peluru untuk Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD).

“Rafizal sangat bagus dalam menggunakan bahasa isyarat yang dibelajarnya, kami bangga dengan kesungguhannya,” jelasnya.

Foto dapat perhatian netizen

Kisah keunikan mata biru Rafizal mula tular setelah dikongsikan Jabatan Kemajuan Orang Asli di dalam laman Facebook baru-baru ini.

Meninjau di ruang komen hantaran tersebut, rata-rata mereka memuji kecantikan dan keunikan mata biru kanak-kanak tersebut sehingga ada yang mengatakan dia sangat istimewa kerana tidak semua orang dilahirkan dengan mata berwarna biru.

“Lawa sangat unik”

“Anugerah dari Allah SWT”

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

27 mins ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

2 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

2 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

3 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

6 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

6 hours ago