Orang Ramai Kagum Lihat Kesungguhan Jiran & Pak Guard Bantu Padamkan Rumah Terbakar [Video]

Kejadian seperti rumah terbakar pasti akan membuatkan semua orang berada di dalam keadaan panik, apatah lagi apabila bau serta kepulan asap mula memenuhi ruang udara pasti kita sudah mula berlari untuk menyelamatkan diri.

Namun berbeza dengan video yang dikongsikan di TikTok memaparkan aksi jiran tertangga di sebuah bangunan kediaman yang bertungkus-lumus membantu memadamkan api dari sebuah rumah.

Jiran dan pengawal keselamatan cuba buka pintu

Dalam video yang dikongsikan oleh Kelven Chuah, dapat dilihat beberapa orang sedang menghentak pintu di bahagian luar dengan menggunakan penukul besi untuk membuka kunci tersebut.

Apabila kunci pintu sudah dapat dibuka, kelihatan seorang pengawal keselamatan yang berada di situ dengan segera meluru masuk ke dalam rumah dengan membawa alat pemadam api dan memadam api di dalam rumah tersebut.

Selepas memadam api tersebut, dia dengan segera keluar dari rumah itu yang sudah dipenuhi dengan kepulan asap yang banyak.

Penghuni rumah tertidur dan tak sedar berlaku kebakaran dalam rumah

Menerusi video tersebut, difahamkan pemilik rumah tersebut tidak menyedari akan kebakaran yang berlaku di dalam rumah itu kerana sedang tidur.

Kelven Chuah menerusi ruangan komen turut memaklumkan bahawa kebakaran itu berlaku berpunca daripada alat penyembahan yang terbakar dan secara tidak langsung telah membakar barangan yang ada di sekitarnya.

Orang ramai kagum lihat kerjasama dan keberanian pengawal keselamatan

Walau bagaimanapun, video tersebut telah membuatkan orang ramai kagum melihat kerjasama yang diberikan oleh jiran tertangga dan juga tindakan berani pengawal keselamatan itu yang bersama-sama memadamkan api tersebut.

Malah rata-rata mereka memuji tindakan itu dan berkata pengawal keselamatan itu layak untuk dinaikkan pangkat.

‘Pengawal keselamatan memang hebat. Patut naik pangkat’

‘Sebagai seorang bomba saya bangga dengan kejiranan dan pengawal keselamatan mereka’

‘Terbaik bro’

Recent Posts

  • News
  • Trending

Sekolah Akan Ditutup Jika Suhu Lebih 37 Darjah Celsius 3 Hari Berturut-Turut

Walau bagaimanapun, penutupan itu bergantung kepada situasi semasa dan kawasan terlibat.

40 mins ago
  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

15 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

22 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

3 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

3 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

3 days ago