Bayar Zakat Hampir RM1 Juta, Aliff Syukri Terima Penghargaan Dari Lembaga Zakat Selangor

Baru-baru ini, usahawan terkenal dengan tagline ‘Terlajak laris’, Datuk Seri Aliff Syukri telah menerima penghargaan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Penghargaan tersebut diterima Aliff Syukri kerana telah mengeluarkan zakat hampir RM 1 juta menerusi syarikatnya Dherbs Holding (M) Sdn Bhd.

Datuk Aliff Syukri luah rasa syukur terima penghargaan dari LZS

Perkara itu dikongsikan menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram miliknya yang meluahkan rasa syukur kerana diberikan penghargaan itu serta tersenarai sebagai pembayar zakat terbesar di Selangor.

Dalam video tersebut, dia kelihatan terharu sehingga menitiskan air mata dan memaklumkan sewaktu mula berniaga pada 15 tahun lalu dia hanya mampu membayar RM7 zakat pada setiap bulan.

Namun, Aliff Syukri selalu menanam azam untuk membayar lebih sehingga ia menjadi satu semangat untuk bekerja lebih keras lagi.

Aliff Syukri mula bayar zakat dengan RM7 sebulan

“Dulu masa saya mula berniaga 15 tahun lepas saya hanya mampu bayar RM7 zakat setiap bulan, tapi saya selalu tanamkan azam nak bayar lebih dan ianya menjadi satu semangat untuk saya kerja keras!

“Alhamdulillah hari ni jadi kenyataan. Tidak la hebat nak banding dengan mereka yang jauh lebih berjaya, tapi saya mohon anda doakan saya sentiasa berjaya dalam perniagaan dan dapat bantu lebih banyak bantuan pada mereka yang memerlukan,” tulisnya di kapsyen.

Menerusi video itu juga, Aliff Syukri memaklumkan tanpa doa ibu serta isteri pastinya dia tidak akan berjaya sehingga ke tahap ini.

Ucap terima kasih pada Pusat Zakat Selangor atas anugerah yang diberikan

Dia dalam masa sama turut berterima kasih kepada Pusat Zakat Selangor di atas anugerah yang telah diberi dan memaklumkan tanpa pengguna, stokis serta kakitangan pasti dirinya tidak akan sampai ke tahap ini.

Aliff Syukri turut berharap agar video yang dikongsikan menjadi kenangan serta bekalan akhirat buatnya.

Meninjau di ruangan komen rata-rata pengikut termasuklah rakan selebriti meluahkan rasa syukur dan menyifatkan ia patut menjadi contoh.

‘Inspirasi! patut dicontohi’

‘Allahuakbar, tahniah Datuk’

‘Alhamdulillah semoga terus murah rezeki Datuk’

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

13 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

14 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

15 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

16 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

19 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

19 hours ago