“Kasih Sayang Suami”- Ramai Terharu Lepas Tahu Pemandu Ini Bawa Perlahan Kerana Isteri Baru Bersalin Czer

Proses melahirkan anak bukanlah suatu proses yang mudah malah ia membuatkan para isteri bertarung nyawa untuk melahirkan cahaya mata yang sudah dikandung selama 9 bulan itu.

Tidak kiralah kelahiran normal mahupun menerusi pembedahan, kedua-dua cara ini tetap sakit serta perlu dijaga dengan baik dan para ibu tidak digalakkan melakukan banyak pergerakan dibimbangi akan menyebabkan kesakitan selain jahitan akan terbuka.

Namun, ia adalah satu nikmat yang tidak terhingga buat si isteri jika mendapat pasangan yang begitu memahami dan membantu mereka untuk meringankan beban sepanjang tempoh berpantang mahupun ketika menjaga anak.

Kereta bergerak terlalu perlahan atas jalan

Baru-baru ini, tular sebuah video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, @ninimunirah yang memaparkan sebuah kenderaan yang bergerak secara perlahan di atas jalan raya.

@ninimunirah

Kasih sayang suami kepada isterinya 🥹 Nak beli kat mana macam ni ? 🥹

♬ tak ingin usai – nanaaa

Menerusi video berkenaan, kelihatan kenderaan si perakam sedang bergerak di belakang sebuah kereta Perodua Viva yang bergerak dengan sangat perlahan.

Sewaktu kereta tersebut mengekori kereta berkenaan dari belakang terlihat satu keratan kertas yang ditampalkan dibahagian belakang kereta Viva berkenaan.

Sedang bawa isteri baru lepas bersalin

Apabila dilihat secara dekat, rupa-rupanya kereta Viva itu sengaja dipandu dengan perlahan kerana pemandu tersebut sedang membawa isteri yang baru sahaja menjalani pembedahan untuk melahirkan anak.

Dalam video yang berdurasi selama 17 saat tersebut, turut kelihatan pemandu itu memohon maaf kerana telah membawa kereta perlahan dan mengucapkan terima kasih kepada pengguna jalan raya kerana memahami keadaannya.

“Maaf, bawa perlahan. Isteri baru lepas bersalin ‘czer’, terima kasih,” tulis pemandu berkenaan pada kertas yang ditampal di belakang kenderaannya itu.

Orang ramai terharu tindakan lelaki tersebut

Perkara tersebut telah mengundang perhatian orang ramai yang terharu dengan tindakan lelaki tersebut, malah ada juga yang mengatakan lelaki tersebut sangat sweet kerana menghargai isterinya.

“Common sense dia sebagai pengguna jalan raya serta his sweetness sebagai suami”

“Bersalin normal kena dekat jalan tak rata sakit perit, apa lagi czer’

“Air mataku berguguran”

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

15 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

16 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

16 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

16 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

18 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

18 hours ago