“Rezeki Berkat Tu Luas” – Rico Rinaldi Reda Hilang Hampir 10 Pelanggan Selepas Tekad Lakukan Hijrah Kecil

Nama Rico Rinaldi bukanlah satu nama yang asing lagi dalam industri rekaan fesyen di negara ini, malah hampir setiap pasangan yang berkahwin pasti memasang impian untuk memiliki busana yang direka khas oleh pereka tersebut.

Bukan itu sahaja, Rico juga telah berjaya menghasilkan banyak rekaan baju untuk selebriti-selebriti terkenal yang secara tidak langsung telah mengangkat lagi namanya dalam industri fesyen.

Disebalik kejayaannya dalam rekaan busana yang membuatkan ramai terpesona dengan kecantikannya, Rico Rinaldi baru-baru ini telah membuat keputusan melakukan ‘hijrah kecil’ di dalam rekaannya selepas mendapatkan penjelasan dari pendakwah, Ustazah Asma’ Harun.

Difahamkan ‘hijrah kecil’ yang dia maksudkan ialah menawarkan rekaan baju yang lebih sopan serta tidak seksi seperti tiada lining yang jarang di bahagian tangan, slit mahupun bareback.

Hampir 10 pelanggan minta wang semula

Namun, sebaik sahaja melakukan keputusan tersebut Rico kemudian diuji apabila kehilangan hampir 10 orang pelanggan yang meminta wang deposit mereka untuk dipulangkan semula.

Jelas pereka fesyen itu, ia merupakan satu tamparan yang cukup hebat buat dirinya kerana satu baju yang dihasilkan untuk seorang pelanggan boleh mencecah harga RM3500-RM5000 dan itu merupakan yang paling basic bagi persalinan baju nikah.

Menurut Rico sewaktu memaklumkan kepada pengurusnya berkenaan penghijrahan kecil yang ingin dilakukan, hatinya sakit kuat serta yakin. Tetapi tidak menyangka akan ‘hilang’ sekelip mata.

Percaya rezeki datang dari Allah SWT

Walau bagaimanapun, dia tetap percaya seperti apa yang telah dijelaskan oleh Ustazah Asma’ bahawa rezeki yang berkat itu bukan daripada manusia tetapi Allah SWT.

“Rezeki berkat tu luas, dia bukan banyak tapi dia boleh bawa ke syurga. Kau bayangkan rezeki tak berkat tu macam mana? Okay kau banyak duit, kemudian kau beli rumah, kereta bagi asnaf bagi sedekah tapi semua tu tak berkat.

“Benda yang patut jadi pahala ke alam barzakh mungkin boleh jadi sebaliknya. Takut memang takut,” jelas Rico menerusi ciapan di Twitter.

Minta orang ramai mendoakan serta beri sokongan

Rico bagaimanapun akan tetap berusaha untuk istiqamah dengan apa yang dilakukan serta berharap orang ramai boleh mendoakan serta memberi sokongan buat dirinya.

“Benda ni kita tak tahu kan? Bahkan kalau aku dah akad dengan pelanggan tu pun sebagai contoh saya buat baju seksi awak ni tapi saya tak nak tanggung dosa ya, tapi sebenarnya aku juga yang buat baju,” tulisnya lagi.

Tambahnya lagi, perkara itu akan membuatkan belajar dan secara perlahan pelanggan pasti akan memahaminya.

Rico dalam pada itu turut berkongsikan sebuah video pencerahan penceramah tersebut di dalam Instagram miliknya dan berdoa agar kita semua dapat masuk ke syurga bersama-sama.

Orang ramai beri kata-kata semangat buat Rico Rinaldi

Perkara itu bagaimanapun telah menarik perhatian orang ramai yang turut memberinya kata-kata semangat serta mendoakannya agar terus kuat dan istiqamah dalam melakukan ‘hijrah kecil’ itu.

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

12 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

19 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

3 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

3 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

3 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

3 days ago