Nampaknya isu dalaman membabitkan perniagaan produk inai, Innai Nunha bersama stokis dan ejen masih belum reda.
Selepas beberapa penjual tampil meluahkan rasa tidak puas hati mereka, kini tular beberapa lagi siri pendedahan oleh seorang pengguna TikTok, yang mendakwa ada stokis yang dipaksa oleh ibu pejabat (HQ) yakni pengasas produk untuk membayar RM70,000 dalam bentuk wang tunai semata-mata untuk membawa keluar stok inai dari kilang.
Bukan itu sahaja, dia menerusi video sama turut mendakwa yang ejen dilarang dari melakukan pembayaran secara online sekiranya mahu mengambil stok pada hari pertama.
@partnernunha Tak takut dosa ke aniaya orang? Nantikan banyak lagi yang kami akan expose! #innai #innainunha #innaineelofa #neelofa #inaidaunasli #nunha #HQnunha #nunhafounders #nunhareseller ♬ original sound – PartnerNunHa
Menerusi beberapa lagi video berbeza, dia turut mendakwa terlalu banyak aduan yang diterima ekoran dari produk inai yang diterima tidak berkualiti selain mengalami kecacatan (defect).
Apa yang mengejutkan, pendedahan yang dilakukan turut disokong oleh beberapa lagi individu yang mendakwa merupakan stokis produk inai popular berkenaan.
Isu ini menyebabkan orang ramai tertanya-tanya hingga ia menjadi perbualan hangat di semua platform media sosial termasuklah Facebook dan Twitter.
Bahkan ia menyebabkan timbul andaian seolah-olah syarikat ini mahu lari dari membayar cukai yang dikenakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kepada para peniaga.
Enggan berdiam diri, pengasas bersama produk tersebut, PU Riz akhirnya tampil memaklumkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menurutnya telah menyebarkan fitnah tersebut.
Dia menerusi satu hantaran di Facebook menafikan kesemua dakwaaan liar yang tular dan menegaskan pihaknya tidak akan menipu dalam perniagan.
Malah dia turut menjawab beberapa persoalan yang dibangkitkan individu-individu berkenaan.
“Saman malu akan dikeluarkan segera! Menipu dan menganiaya bukan slogan perniagaan kami. Suka saya sebut di sini semua kesilapan kilang telah kami gantikan dengan bentuk wang ringgit dan penghantaran secara percuma,” kata PU Riz atau nama sebenarnya Haris Bin Mohd Ismail.
Bagi tuduhan memaksa orang ramai membayar secara wang tunai, PU Riz menegaskan Nunha memberi dua pilihan kepada pelanggan itu secara tunai atau online.
“Kita beri peluang kepada customer untuk buat bayaran cash atau secara online. Sekirannya tunai, (ianya) tidak melebihi 20%,” kata suami kepada usahawan, Neelofa itu lagi.
Tambah Haris lagi, apa yang lebih menimbulkan kemarahannya apabila ada di antara mereka yang sengaja memberikan gambaran buruk terhadap produk Nunha seolah-olah ia begitu teruk sekali.
“Yang paling saya sakit hati dan tidak gemar; skeptikal terhadap produk seolah-olah tak boleh jual, sedangkan sehingga hari ini orang datang restock semua,” luahnya lagi.
Malah menerusi IG Story, PU Riz turut menyertakan beberapa tangkap layar perbualananya berserta resit pembayaran bagi membuktikan 90% transaksi pembayaran yang dilakukan reseller adalah secara online.
Mengakui semua perkara tersebut telah memalukan pihknya, PU Riz turut menegaskan akan mengambil tindakan secepat mungkin.
“Memang saya banyak berdiam diri, tapi dengan fitnah yang kali ini, saya tidak akan berdiam (lagi). Tindakan lawyer akan diambil secepatnya.”

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…
Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…
Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…
Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…
Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…