Selepas virus Covid-19 menghantui dunia hingga menyebabkan kebanyakan negara menutup sempadan dan melaksanakan perintah berkurung, kini China kembali menjadi perhatian selepas memberi amaran mengenai kemunculan virus baharu yang dikenali sebagai Langya.
Menurut laporan Sinar Plus, kemunculan virus Langya ini mencetuskan kebimbangan setelah virus tersebut menjangkiti 35 orang di wilayah Henan dan Shandong di Timur China.
Memandangkan virus ini masih baharu, pasti ramai yang kurang mengetahui tentang virus ini.
Oleh itu ikuti perkongsian fakta-fakta mengenai Virus Langya ini.
Langya merupakan sejenis virus baharu daripada kategori virus zoonotic iaitu jangkitan daripada haiwan kepada manusia.
Menurut Pusat Kawalan Penyakit (CDC) Taiwan, virus baharu itu sebelum ini tidak pernah merebak kepada manusia namun kini sudah mula dijangkiti di China.
Selain itu, virus tersebut secara rasmi digelar Langya Henipavirus dan merupakan sebahagian daripada keluarga Henipavirus.
Langya turut terdiri daripada kategori yang sama dengan virus Hendra dan Nipah yang tidak mempunyai vaksin mahupun penawar.
Menurut data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Henipavirus diklasifikasikan sebagai biokeselamatan Tahap 4 dengan kadar kematian kes antara 40 dan 75 peratus.
Setakat ini, seramai 35 individu tidak menunjukkan simptom serius atau meyebabkan kematian. Bagaimanapun menurut Taipei Times, virus itu boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dan hati.
Sementara itu, para saintis yang mengkaji 25 jenis haiwan telah mendapati bahawa pembawa virus Langya yang paling jelas setakat ini adalah adalah daripada Cencurut (Asian House Shrew)
Berikut adalah 7 gejala yang akan dialami sekiranya dijangkiti virus Langya:
Sementara itu, pelbagai langkah boleh diambil untuk mengelakkan diri daripada dijangkiti virus tersebut antaranya ialah dengan sentiasa menjaga kebersihan diri.
Berikut merupakan 5 langkah asas untuk mencegah jangkitan yang disarankan oleh Harvard Medical School:
Sebagai info, virus Nipah pertama kali ditemui pada 1999 di Malaysia dan Singapura menyebabkan jangkitan kepada lebih 300 kes dan mengakibatkan 100 kematian berlaku.
Biarpun sudah dua dekad berlalu, WHO tetap memberi amaran bahawa virus Langya masih berpotensi menyebabkan wabak seperti Covid-19.
Kredit gambar: ecologyasia.com
Menurut pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM), anjing yang mengejar kanak-kanak berkenaan mempunyai permit dari MPM…
Tindakan dua lelaki berkenaan yang didakwa melakukan 'wedding crash' telah mengundang kecaman ramai.
Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) di…
Menerusi video, pelanggan kelihatan seperti tidak mempercayai terdapat bangkai katak di dalam lemang yang baru…
Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…
Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.