Hadkan Makan Pukul 7 Pagi Hingga 3 Petang Bantu Turunkan Berat Badan – Kajian

Menurunkan berat badan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan kerana ia memerlukan semangat yang kuat dari segi mental dan juga fizikal.

Jika kita buat carian di Internet terlalu banyak tips pemakanan serta aktiviti sukan yang boleh dilakukan untuk membantu menurunkan berat badan.

Hadkan makan 7 pagi hingga 3 petang bantu turunkan berat badan

Terbaharu, satu penyelidikan antarabangsa yang dijalankan mendapati dengan tindakan menghadkan masa makan dari jam 7 pagi hingga 3 petang mampu membantu menurunkan berat badan serta tekanan darah seseorang.

Memetik laporan New York Post, ujian klinikal secara rawak yang dijalankan kepada 90 orang dewasa yang obes di Amerika Syarikat mendapati bahawa individu yang makan pada waktu tersebut telah turun lebih kurang 2.27 kilogram (kg).

Angka ini dilihat berbeza dengan individu yang makan dalam tempoh 12 jam atau lebih daripada itu.

Dapat turunkan tekanan darah dalam tempoh 14 minggu

Bukan itu sahaja, apa yang lebih menarik lagi mereka juga berjaya menurunkan tekanan darah dalam tempoh selama 14 minggu.

“Pemakanan terhad masa awal (eTRE) mungkin merupakan rawatan yang berkesan untuk masalah obesiti dan juga hipertensi.

“Ia juga dapat meningkatkan mood dengan mengurangkan rasa keletihan, kemurungan dan menaikkan semangat serta individu yang bertahan dengan eTRE kehilangan lebih banyak lemak badan,” jelas penulis.

Melibatkan peserta yang menerima rawatan turunkan berat badan

Foto: Freepik

Kajian tersebut telah dilakukan pada bulan Ogos 2018 dan April 2020 yang melibatkan peserta dewasa yang berumur dari 25 tahun hingga 75 tahun dan yang menerima rawatan penurunan berat badan melalui Klinik Perubatan Penurunan Berat Badan di Univerisiti Alabama di Hospital Birmingham.

“Data kami mencadangkan bahawa eTRE boleh dilakukan, kerana peserta mematuhi enam hari seminggu secara purata, dan kebanyakan peserta yang mengikuti kajian ini telah mematuhi sekurang-kurangnya lima hari seminggu.

“Meskipun berdepan dengan cabaran dalam menjalankan aktiviti sosial dan jadual pekerjaan pada waktu malam, tetapi mereka patuh kepada eTRE sama seperti intervensi Time Restricted Eating (TRE) yang lain, dan kepuasan antara kumpulan adalah sama.

eTRE boleh diterima oleh banyak pesakit

“Tambahan pula, kami mendapati bahwa eTRE dapat diterima oleh banyak pesakit. Lebih kurang 41% yang berjaya dalam kumpulan eTRE+ER merancang untuk mengamalkan eTRE selepas kajian itu tamat,” kata laporan itu.

Laporan berkenaan bagaimanapun memaklumkan perlu ada kajian yang lebih besar untuk mengesahkan sama ada ia lebih baik untuk membuang lemak secara spesifik.

Perlu sampel kajian lebih besar

“Ujian klinikal masa depan mungkin memerlukan sampel yang lebih besar sehingga 300 peserta bagi menentukan sama ada Intermitten fasting (IF) menganggu komposisi badan serta kesihatan kardiometabolik.

“Kajian akan datang hendaklah menyiasat sama ada tempoh makan mempengaruhi keputusan tersebut, dan menentukan siapakah yang boleh mematuhi eTRE berbanding mereka yang tidak boleh serta sebaliknya akan mendapat manfaat daripada intervensi masa makan yang lain.

“Intervensi eTRE perlu diuji dengan menggunakan kos yang rendah, mudah untuk dilaksanakan agar dapat meningkatkan kesihatan dan merawat penyakit,” beritahunya.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 day ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 day ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 day ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 day ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

1 day ago