“Ini Kalau Saya Buat.. Ada Kena Bebel” – Wanita Ini Kongsi Resepi ‘Biskut Tumis’ Buat Ramai Pelik Tapi Nak Cuba [Video]

Dalam proses mahu memantapkan lagi kemahiran memasak, pasti kita hendak mencuba sesuatu yang baru terutama sekali mempelajari resepi turun temurun daripada datuk dan nenek.

Ini kerana, meskipun kehidupan mereka di zaman dahulu agak susah namun mereka agak kreatif dalam mempelbagaikan sesuatu makanan yang sedap selain bertujuan untuk mengisi perut yang kosong.

Kongsi resepi pelik undang perhatian ramai

Baru-baru ini, tular satu video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, Aqilah Idris yang berkongsi satu resepi yang luar dari kebiasaan sehingga mendapat perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, Aqilah menunjukkan cara-cara untuk memasak biskut lemak tumis yang sudah tentunya bahan utama bagi masakan tersebut menggunakan biskut kering.

Ia kedengaran pelik, namun nampak menyelerakan serta bahan yang digunakan juga mudah untuk didapati seperti, biskut kering, bawang, telur, sedikit kicap, lada putih, sedikit garam dan daun sup.

@aqilahidris1311

Biskut lemak tumis. Bhn: sebiji bwg besar, 3biji telur, 15 keping biskut, sedikit kicap, daun sup dan garam. #creamcracker #hupsengcreamcrackers #biskut #biskutlemak #myfoodie #food #fypシ #tiktok #tiktoker #foodpost #foodporn

♬ She Share Story (for Vlog) – 山口夕依

Resepi turun temurun daripada nenek moyang

Menurut Aqilah di ruangan komen resepi tersebut merupakan resepi dari moyang dan neneknya, meskipun ia sedikit pelik namun rasanya sedap dan sesuai untuk dijadikan sebagai menu sarapan pagi dan juga minum petang.

Meninjau di ruangan komen, ramai yang mengatakan resepi itu agak pelik dan tidak pernah didengari namun walaupun pelik ada juga yang mahu mencubanya.

Ada juga yang memaklumkan bahawa resepi itu sering dilakukan oleh orang tua mereka.

“Macam pelik je”

“Resepi arwah mertuaku”

“Kalau saya buat, ada kena bebel dengan mak saya”

“Simpan dulu mana tahu boleh buat menu hujung bulan”

Recent Posts

  • News
  • Trending

Anjing Kejar Budak Hingga Nyaris Digilis Berjaya Ditangkap MPM, Rupanya Haiwan Bertuan

Menurut pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM), anjing yang mengejar kanak-kanak berkenaan mempunyai permit dari MPM…

3 hours ago
  • Trending

“Misi Cari Makan Free” – Lelaki Didakwa Main Terjah Majlis Kenduri Kahwin Tanpa Dijemput [Video]

Tindakan dua lelaki berkenaan yang didakwa melakukan 'wedding crash' telah mengundang kecaman ramai.

3 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelancong Tak Patuh Peraturan, Lokasi Cantik Ambil Gambar Gunung Fuji Bakal Ditutup Dengan Penghadang

Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) di…

4 hours ago
  • Trending

Pelanggan Terkejut Ada Katak Dalam Lemang [Video]

Menerusi video, pelanggan kelihatan seperti tidak mempercayai terdapat bangkai katak di dalam lemang yang baru…

4 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago