Doktor Di Thailand Tampar Budak Umur 3 Tahun Kerana Mencarut Ketika Dirawat

Seorang doktor lelaki di Thailad didakwa telah menampar wajah seorang kanak-kanak berusia 3 tahun yang sedang menerima rawatan.

Bukan itu sahaja, dia kemudian memaklumkan enggan meneruskan rawatan terbabit gara-gara tidak suka dihina.

Memetik laporan Thaiger, keluarga kanak-kanak berkenaan kemudian membuat satu laporan polis terhadap doktor tersebut.

Kongsi kisah anak ditampar di Facebook

Ibu kanak-kanak itu, Sutharat yang berusia 24 tahun telah berkongsi kisah tersebut menerusi laman sosial Facebook ‘Let Me Know If You Want to Be Famous Return Part 3’.

Jelas wanita itu, dia telah membawa anak lelakinya ke sebuah hospital di daerah Kam Paeng Saen di wilayah tengah Nakhon Pathom kerana kanak-kanak itu terkena serangan asma.

Anak sedang bermain sewaktu menunggu rawatan doktor

Katanya, sewaktu sedang menunggu untuk mendapatkan rawatan kanak-kanak itu duduk di atas ribanya sambil bermain dengan permainannya sebelum permainan tersebut terkena pada wajahnya.

“F***, ia terkena mulut saya!” kata kanak-kanak itu.

Tiba-tiba berpaling dan menampar kanak-kanak tersebut

Doktor tersebut secara tiba-tiba telah berpaling dan menampar kanak-kanak tersebut sehingga membuatkan dia menangis.

Ibunya lalu bertanya mengapakah doktor tersebut menampar anak lelakinya, lalu doktor itu menjawab dia juga akan lakukan perkara yang sama kepada anaknya sebelum menghulur nebulizer dan berlalu pergi dari bilik tersebut.

Tidak berpuas hati dengan insiden tersebut, nenek kepada kanak-kanak itu kemudian berjumpa dengan doktor tersebut untuk bertanyakan perihal yang berlaku.

Bertindak menampar kerana budak itu menghinanya

Doktor itu kemudian memaklumkan dia bertindak sedemikian kerana kanak-kanak itu telah menghinanya.

“Apa yang awak nak buat pada saya? Jangan datang untuk mendapatkan rawatan daripada saya lagi. Di sana pintu! (untuk keluar dari tempat berkenaan)” kata doktor itu.

Sutharat kemudian membuat laporan berkenaan insiden itu di Balai Polis Kam Paeng Saen dan menegaskan bahawa anaknya itu mencarut kerana memukul dirinya sendiri dengan mainan dan dia tidak menghina doktor itu.

Akan tetapi, di dalam satu temu buat media yang dilakukan bersama doktor itu, dia mengakui telah menampar kanak-kanak tersebut seperti mana yang diberitahu oleh ibunya di media sosial.

Menurutnya, kanak-kanak itu menghinanya dengan berkata “F*** doktor Tu! (Tu adalah nama panggilan doktor).

Pernah hadapi situasi yang serupa

Katanya, dia sudah bekerja di hospital selama 25 tahun dan pernah menghadapi situasi yang serupa sebelum ini.

Kanak-kanak mungkin akan berasa marah atau mahu menyumpah jika mereka terkejut mahupun takut, tetapi budak itu secara tidak langsung telah menyebut namanya.

Tambahnya lagi, dia tahu bahawa apa yang dilakukan adalah salah dan tidak mempunyai maksud untuk menampar budak itu.

Akui tertekan kerana baru lepas baik dari virus Covid-19

Jelasnya, dia tertekan selepas dirinya dan keluarga baru sahaja pulih daripada terkena jangkitan virus Covid-19.

Doktor itu turut memaklumkan dia menghalau keluarga berkenaan kerana kawasan di sekelilingnya masih berbahaya untuk orang lain serta memberitahu bahawa dia telah melaporkan insiden berkenaan kepada pegawai atasannya.

Malah, dia juga berkata akan berjumpa dengan keluarga kanak-kanak itu untuk membuat permohonan maaf atas perbuatannya menampar budak tersebut.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Anjing Kejar Budak Hingga Nyaris Digilis Berjaya Ditangkap MPM, Rupanya Haiwan Bertuan

Menurut pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM), anjing yang mengejar kanak-kanak berkenaan mempunyai permit dari MPM…

2 hours ago
  • Trending

“Misi Cari Makan Free” – Lelaki Didakwa Main Terjah Majlis Kenduri Kahwin Tanpa Dijemput [Video]

Tindakan dua lelaki berkenaan yang didakwa melakukan 'wedding crash' telah mengundang kecaman ramai.

3 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelancong Tak Patuh Peraturan, Lokasi Cantik Ambil Gambar Gunung Fuji Bakal Ditutup Dengan Penghadang

Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) di…

4 hours ago
  • Trending

Pelanggan Terkejut Ada Katak Dalam Lemang [Video]

Menerusi video, pelanggan kelihatan seperti tidak mempercayai terdapat bangkai katak di dalam lemang yang baru…

4 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago