Penggunaan kenderaan awam seperti bas, LRT, keretapi, tren komuter dan sebagainya bukanlah sesuatu yang asing lagi buat masyarakat.
Malah, ada yang lebih memilih untuk menggunakan kenderaan awam untuk memudahkan perjalanan mereka dari berdepan dengan kesesakan jalan.
Oleh itu, demi memberikan keselesaan dan juga keselamatan terdapat kenderaan awam yang memperuntukkan penggunaan khas buat wanita sahaja seperti yang dilakukan pada tren komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM).
KTM telah memperuntukkan beberapa koc khas hanya untuk kaum wanita sahaja agar ini memudahkan mereka selain menjamin keselamatan daripada gangguan yang tidak sepatutnya.
Baru-baru ini, pihak KTM telah berkongsi sebuah video di Facebook yang menunjukkan perspektif pandangan (POV) seorang wanita apabila menaiki koc wanita yang disediakan.
Menerusi video tersebut kelihatan terdapat beberapa orang lelaki yang sedang duduk dan berdiri di dalam koc tersebut.
Ia jelas melanggar peraturan yang ditetapkan oleh pihak KTM di mana koc tersebut secara terang-terangan tertulis notis “Ini koc wanita. Wanita sahaja.”
KTM menerusi kapsyennya turut meminta agar penumpang lelaki yang menggunakan tren komuter untuk menggunakan koc lain selain daripada koc wanita.
“Min tak minta banyak, minta minta kepada penumpang tren KTM Komuter berjantina lelaki untuk guna koc lain.
“Koc wanita hanya untuk KTM Komuter sektor Lembah Klang sahaja,” tulisnya.
Malah, jika anda seorang yang menggunakan KTM pasti anda akan mendengar pengumuman akan dilakukan jika mereka menyedari terdapat kaum lelaki yang berada di dalam koc wanita untuk berpindah ke koc yang biasa.
Perkongsian video tersebut ternyata memberi pelbagai pelbagai reaksi di kalangan orang ramai apabila ada yang menyatakan bahawa walaupun terdapat koc wanita disediakan tetapi masih lagi ada wanita yang menggunakan koc biasa.
Ada juga yang menyatakan bahawa ada waktu tertentu koc wanita terlalu penuh sehingga mereka terpaksa menggunakan koc biasa.
Selain itu, ada yang memberikan cadangan agar koc khas itu disediakan penguat kuasa demi mengawal keadaan.
Tidak kurang juga ada yang meluahkan rasa ketidak puashatian mereka apabila koc tersebut digunakan oleh para lelaki serta memberi cadangan agar koc tersebut dijarakkan agar ia tidak tertumpu pada satu bahagian sahaja.
Walau bagaimanapun, setiap aduan yang dan juga respon yang diberikan oleh orang ramai telah diambil maklum oleh pihak KTM agar perkara tersebut boleh dibawa ke pihak atasan untuk penambah baikan.
Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…
Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…
Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…
Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…
Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…
Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.