“Sumpah Sakit Hati” – Tular Lelaki Gunting Jalur Gemilang Buat Ramai Bengang [Video]

Semalam (17 Ogos), tular di media sosial video yang memaparkan seorang lelaki bertindak menggunting Jalur Gemilang yang dipasang di kawasan pejalan kaki sempena sambutan Hari Kebangsaan yang bakal disambut 31 Ogos nanti.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @iekakartika, wanita itu merakam kejadian berkenaan ketika dia berada di dalam kereta.

@iekakartika__

Dia rosakkan bendera malaysia wey , org tegur dia marah balik.. Tolong bgi viral biarr dia dapat balasan

♬ original sound – AfiqNeyo – AfiqNeyo

Gunting setiap bendera yang dipasang

Pada video sama, jelas kelihatan seorang lelaki yang memakai topi berwarna biru dan baju berwarna merah sedang menggunting setiap bendera yang dipasang di sepanjang pagar kawasan pejalan kaki di Kuala Lumpur.

“Dia rosakkan bendera Malaysia wey, orang tegur dia marah balik.. tolong viral biar dia dapat balasan,” tulisnya di kapsyen.

Bagaimanapun, di ruangan komen terdapat segelintir pengguna media sosial mempersoalkan kenapa tidak ada seseorang pun yang menegur perbuatan lelaki berkenaan.

Selang beberapa jam wanita itu memuat naik satu lagi video berasingan yang menjelaskan keadaan sebenar di situ pada waktu kejadian berlaku.

Ramai yang tegur tapi tak diendahkan

Menurut wanita terbabit, terdapat ramai pengguna jalan raya yang menegur berbuatan lelaki berkenaan dengan membunyikan hon kenderaan mereka namun tidak diendahkannya.

Wanita itu hanya berani merakam perbuatan individu terbabit memandangkan dia bersama anak kecilnya pada waktu kejadian.

“Ramai ja yang hon (horn). Sergah kat dia. Masa ni kereta banyak orang susah nak berhenti kat dia ni. Saya nak buka tingkap pon takut sebab ada anak kecil risau dia bawa apa-apa bahaya lagi kita tak tahu,” tulisnya di dalam kapsyen video.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial berang melihat tindakan lelaki terbabit yang menggunting Jalur Gemilang.

Polis sedang mengesan lelaki gunting Jalur Gemilang

Terkini, menurut laporan media, pihak polis sedang mengesan lelaki terbabit selepas perbuatannya itu tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, berkata polis belum menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Tiada laporan setakat ini. Tindakan mengesan individu yang melakukan perkara itu sedang dijalankan,” katanya ringkas.

Kredit gambar: TikTok iekakartika__

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

15 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

16 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

16 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

17 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

20 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

20 hours ago