Wanita Warga Emas Maut Selepas Pekerja Pusat Jagaan Tersilap Beri Minum Sabun Pencuci Pinggan

Seorang wanita warga emas di Amerika Syarikat yang menghidap demensia dilaporkan meninggal dunia selepas terminum cecair pencuci pinggan mangkuk yang disangkakan jus anggur.

Menerusi laporan Daily Mail, warga emas itu yang merupakan salah seorang daripada tiga penghuni Atria Park Senior Living Facility di San Mateo, California dikejarkan ke hospital selepas seorang pekerja pusat jagaan tersalah memberinya minuman yang mengandungi cecair pencuci pinggan.

Pusat jagaan maklumkan beri kerjasama pada pihak berkuasa

“Kami telah bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan, yang memaklumkan kepada kami bahawa terdapat salah seorang penghuni meninggal dunia. Takziah kepada keluarganya,” kata Atria kepada sebuah stesen televisyen KRON-TV.

Perkara itu telah menyebabkan pekerja di pusat tersebut digantung untuk tujuan siasatan dan Atria juga turut memberi kerjasama kepada pihak berkuasa, lapornya lagi.

Anak warga emas tersebut turut mengesahkan penghuni yang meninggal merupakan ibunya

Walau bagaimanapun, anak kepada warga emas tersebut, Marcia Cutchin mengesahkan kepada KRON-TV bahawa penghuni yang maut tersebut merupakan ibunya, Gertrude Elizebeth Murison Maxwell yang berusia 93 tahun.

Menurut sumber yang turut terlibat dalam penyiasatan kes tersebut, pekerja berkenaan mungkin terkeliru di antara cecair dengan jus anggur atau mungkin ada kesilapan yang berlaku.

Cecair yang disangka jus anggur telah menyebabkan ibunya melecur di bahagian mulut, tekak dan esofagus

“Pekerja tersebut mungkin berfikir satu jag itu merupakan jus anggur lalu mengambilnya dan menuangkan ke dalam gelas, namun sebenarnya ia mengandungi sabun pencuci pinggan mangkuk.

“Maxwell tiba di hospital dalam keadaan melepuh teruk pada mulut, tekak dan esofagus,” kata anaknya itu.

Cutchin turut memberitahu pusat jagaan Atria memaklumkan kepada keluarganya bahan tersebut mempunyai ‘larutan pembersih alkali yang memakan protein’.

Dia dalam masa sama menyatakan ibunya menghidap demensia dan tidak mampu untuk makan dengan sendiri.

Maxwell turut meninggalkan lapan orang anak bersama 20 cucu.

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

15 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

16 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

17 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

18 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

20 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

21 hours ago