Wanita Dakwa Terpaksa Bawa Ibu Lumpuh Ke Bank Semata-mata Untuk Perbaharui Kad ATM [Video]

Umum mengetahui setiap kad bank mempunyai tarikh luput dan perlu diperbaharui apabila tiba waktunya.

Oleh itu, kebiasaannya untuk mengaktifkan kad tersebut seseorang individu itu perlu berkunjung ke cawangan bank berdekatan agar dokumen peribadi pemilik dapat diproses untuk mendapatkan kad yang baharu.

Manakala, bagi warga emas atau individu yang mempunyai masalah kesihatan sehingga membatas mereka untuk bergerak kebiasaannya pihak bank akan cuba untuk berjumpa mereka.

Perkara itu sendiri pernah dikongsikan oleh Setiausaha Agong Persatuan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) J Solomon kepada FMT pada beberapa tahun yang lalu.

Terpaksa bawa ibu terlantar ke bank

Namun, berbeza dengan seorang wanita ini apabila dia mendakwa terpaksa mengangkut ibu yang lumpuh dan terlantar ke bank hanya untuk memperbaharui kad itu semula.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok Oleh NurHatini, pada awalnya dia diberitahu oleh ibu bahawa kad ATM tersebut perlu diperbaharui sebelum ianya luput.

Dia kemudian menghubungi pihak bank untuk mengetahui bagaimanakah prosedur untuk mengaktifkan kad berkenaan bagi pesakit yang lumpuh dan bertanya jika ada cara lain yang boleh mempermudahkan proses itu.

Pihak bank lalu memaklumkan bahawa dia perlu membawa ibunya ke bank untuk melakukan proses berkenaan.

“Memang kita tak ada cara lain cik, kena bawa mak datang bank dan tolak mak masuk ke dalam bank juga,” kata wakil bank tersebut dalam kenyataan video tersebut.

Tiada pilihan terpaksa guna perkhidmatan ambulans bawa ibu ke bank

Dia yang tidak mempunyai pilihan terus menggunakan perkhidmatan St John ambulans kerana tidak mampu menggunakan kereta dengan keadaan ibu yang tidak boleh duduk.

“Semua itu kos yang perlu di keluarkan sendiri bukan percuma ada juga ya bank yang tidak ada pertimbangan rasa kepada orang sakit,” dakwa NurHatini lagi.

Pihak bank sekat kad ibu

Di ruangan komen pula, dia turut memaklumkan pihak bank tersebut sudah menyekat kad ibunya itu tanpa alasan dan apabila di telefon mereka meminta Nurhatini berjumpa pengurus di bank berkenaan.

“Dari kad bank tu mak saya terima pencen dan duit tu kami guna untuk membelanjakan lapin pakai buang serta keperluan dia.

“Hanya pencen arwah abah tak banyak, cuma boleh membantu untuk beli keperluan mak, bila jadi macam ni agak terkilan,” jelasnya lagi.

Bukan dari golongan orang yang senang

Tambah NurHatini lagi dia bukanlah berasal dari golongan orang yang senang dan mengharapkan duit tersebut untuk membeli keperluan ibunya.

Tindakan bank tersebut menyekat kad berkenaan telah menyebabkan dia sukar untuk membeli barang keperluan ibu dan menyatakan dia berasa terkilan denga cara mereka dilayan.

NurHatini bagaimanpun turut berterima kasih kepada pihak perkhidmatan St John yang memberikan servis terbaik serta memahami situasinya.

Setakat ini cubaan kami untuk menghubungi pihak bank masih belum menerima sebarang maklum balas.

Melihat di ruangan komen, rata-rata orang ramai tidak bersetuju dengan tindakan bank berkenaan dan berkongsi pengalaman di mana kebiasaannya pihak bank akan datang ke rumah untuk melakukan proses tersebut bagi pesakit yang terlantar.

“Memang sepatutnya pegawai bank datang rumah buatkan urusan”

“Boikot je tak ada timbang rasa ni”

“Saya dulu pernah kerja bank”

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

5 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

5 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

5 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

6 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

7 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

8 hours ago