Lelaki Di Kedah Belasah Rakan Serumah Hingga Maut, Dakwa Mangsa Malas Cari Kerja

Siapa sangka nasib malang seorang duda yang sering menjadi mangsa pukul oleh rakan serumah akhirnya berakhir dengan tragedi apabila dia maut ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) semalam (1 September).

Duda malang berumur 39 tahun yang menetap di Taman Gemilang, Sungai Lalang, Sungai Petani itu didakwa seorang yang malas mencari kerja selain sering memukul anaknya sendiri.

Kesan cedera di kedua belah tangan dan peha

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, terdapat kesan kecederaan parah di tangan kanan dan kiri serta kesan pukul di kedua-dua belah peha mangsa.

“Pemeriksaan kemudiannya mendapati, mangsa sering dipukul oleh teman serumahnya kerana dia dikatakan enggan bekerja sejak sebulan lalu.

Jiran jadi saksi mangsa sering dipukul, tapi takut kerana turut diugut

“Walaupun kejadian itu sering dilihat jirannya, namun mereka tidak berani menghebohkannya kerana menerima ugutan dari teman serumah mangsa,” katanya.

Zaidy berkata, pihak polis kemudiannya berjaya menahan kawan serumah mangsa yang berumur 36 tahun dan suspek mengaku memukul mangsa menggunakan kayu dan tangan sejak sebulan lalu.

Suspek ada lima rekod lampau babitkan dadah dan jenayah

“Suspek mendakwa dia bertindak demikian kerana mangsa tidak mahu bekerja selain kerap memukul anaknya sendiri,” jelasnya.

Berdasarkan semakan rekod, suspek didapati mempunyai lima rekod lampau yang membabitkan kes penyalahgunaan dadah dan jenayah.

Suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

9 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

10 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

11 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

12 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

15 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

15 hours ago