Isu Kacang MAS: Azfar Heri Tampil Mohon Maaf & Perjelas Perkara Sebenar

Beberapa hari yang lalu kecoh di media sosial apabila seorang influencer, Azfar Heri memuat naik beberapa gambar di Twitter yang menunjukkan dirinya menerima satu beg plastik kacang sewaktu menaiki sebuah pesawat tempatan.

Menerusi ciapan tersebut, Azfar memaklumkan dia terkejut apabila sedar dari tidur dan terlihat beg plastik berkenaan serta memberitahu kacang tersebut diberi oleh pramugari pesawat berkenaan.

Perkara itu bagaimanapun, telah menarik perhatian sehingga menimbulkan kekecohan kepada orang ramai yang menyoal berhubung pek kekacang yang diterima oleh influencer tersebut sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi.

Azfar tampil mohon maaf isu kacang

Susulan itu, Azfar Heri telah tampil memohon maaf atas tindakannya memuat naik gambar kacang berkenaan serta memaklumkan bahawa snek itu diberikan secara percuma dan tanpa diminta.

Jelas influencer itu, dia memahami bahawa perkara berkenaan telah membuatkan orang ramai berasa marah dan memaklumkan dirinya sedia memberi sepenuh kerjasama kepada syarikat penerbangan tersebut untuk mengenal pasti situasi sebenar.

Tak tahu wujud SOP untuk snek kekacang

Dia turut memaklumkan bahawa sejujurnya dirinya tidak mengetahui berhubung wujudnya prosedur operasi standard (SOP) di mana kacang tersebut tidak boleh diberi secara berlebihan kepada penumpang.

“Silap saya di sini ialah saya post gambar tersebut tanpa mengambil kira impak yang boleh dihadapi pramugari tersebut. Sejujurnya saya tak tahu wujudnya SOP yang tak boleh bagi kacang extra kepada penumpang dan saya mohon maaf sebab tak aware dengan benda ni dari awal,” kata Azfar.

Sementara itu, dia turut menjelaskan berhubung isu pramugari yang didakwa sudah dibuang kerja, Azfar memaklumkan dirinya sedang mengenal pasti kesahihan berita itu terlebih dahulu agar ia tidak menimbulkan lebih banyak salah faham kepada pihak lain.

Jelasnya lagi, kenyataan itu telah dikeluarkan oleh dua individu namun memaklumkan ia telah dibuang dan tidak mengetahui apakah alasannya.

Tak mahu beri komen berhubung isu pramugari dibuang

Kata Azfar, buat masa ini dia tidak mahu memberikan apa-apa komen berhubung isu tersebut kerana belum menerima berita yang sahih daripada pihak syarikat penerbangan itu.

“Buat masa sekarang saya tak boleh beri apa-apa komen mengenai isu termination ini sebab kita masih belum dapat apa-apa official statemet dari pihak Mas sendiri.

“Saya akan beri kerjasama sepenuhnya kepada pihak MAS dan saya berharap dapan jumpa dengan semua pihak agar kita boleh selesaikan isu ini sewajarnya.

“Sekali lagi saya mohon maaf kepada semua pihak yang terlibat dan saya ucapkan terima kasih kepada semua yang bagi teguran membina,” kata pempengaruh itu lagi.

Recent Posts

  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

1 hour ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

2 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

2 hours ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

3 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

4 hours ago