Padah Guna Strobe Light, Lelaki 26 Tahun Pandu Vellfire Ditahan Polis

Umum pasti mengetahui, kenderaan persendirian dilarang dari menggunakan lampu strobe (strobe light) ketika berada di atas jalan raya.

Malah pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sering kali memberikan peringatan agar ianya tidak dilakukan mana-mana individu atau bakal berdepan tindakan undang-undang.

Menurut JPJ, mereka yang didapati menggunakan strobe light boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.

Pun begitu, undang-undang dan amaran yang dikeluarkan pihak berkuasa seolah-olah dipandang ringan apabila ramai yang dilihat masih berani menggunakannya secara terbuka.

Terbaharu, sebuah Toyota Vellfire yang menggunakan strobe light ditahan di Kawasan Industri Batu Caves, Selangor pada Isnin (12 Sept).

Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) PDRM dalam satu kenyataan di Facebook berkata, Toyota Vellfire yang dipandu lelaki tempatan berusia 26 tahun itu ditahan kira-kira jam 7.30 petang oleh sepasukan anggota JSPT Bukit Aman.

“Kenderaan tersebut didapati telah menggunakan lampu mata arah biru (strobe light) di bahagian cermin hadapan di atas dashboard.

“Pemandu berusia 26 tahun itu telah disiasat di bawah Kaedah 94 Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pembuatan dan Penggunaan) 1959. Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan,” kata kenyataan tersebut.

Hanya kenderaan dalam tugas kecemasan diberi kebenaran untuk menggunakannya

Tambah JPST lagi, menurut Kaedah 9 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959, hanya kenderaan dalam tugas kecemasan seperti polis, bomba, ambulans dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dibenarkan mendapat hak laluan mengatasi kenderaan lain dengan cara membunyikan siren tertentu, loceng atau hon dua nada.

“JSPT menegaskan mana-mana pemilik kenderaan yang mengubah suai dan menggunakan lampu mata arah pada kenderaan persendirian adalah menjadi suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan.”

Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik

Recent Posts

  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

3 mins ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

27 mins ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

35 mins ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

2 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

2 hours ago