Kehilangan orang yang tersayang merupakan satu perkara yang sangat sukar untuk diterima dan pastinya membuatkan seseorang yang sedang menghadapinya berada dalam kedukaan buat masa tertentu.
Sebagai seorang manusia kita perlulah menghormati mereka dan membantu apa yang diperlukan selain mendoakan perkara baik buat mereka yang sudah pergi menghadap illahi.
Baru-baru ini, tular di laman Twitter yang dikongsikan oleh Asyraff MF apabila dia meluahkan rasa kecewa terhadap seorang rakan yang mahu menggunakan surat kematian adiknya demi kepentingan sendiri.
Menerusi hantaran itu, individu berkenaan pada mula mengucapkan takziah atas pemergian adik kepada Asyraff dan menyatakan jika ada rezeki akan berjumpa pada keesokkan harinya.
Namun, pada keesokkan hari rakan itu telah meminta surat kematian adiknya kerana mahu digunakan untuk hal kecemasan disebabkan adik yang tidak jadi pulang ke institusi pengajian.
Asyraf yang merasakan perkara itu seperti tidak menghormati situasinya yang baru sahaja kehilangan lalu menyoal tindakan individu tersebut kerana mahu menggunakan surat kematian orang lain untuk hal peribadi sendiri.
Jelasnya lagi, sebagai seorang abang kepada arwah dia rasa terkilan kerana pada ketika itu mereka sekeluarga masih lagi belum menerima maklumat keputusan daripada pihak hospital serta masih menunggu panggilan.
Katanya, tujuan membuat ciapan itu adalah untuk memberi kesedaran dan peringatan kepada semua dan bukan untuk memalukan atau menghina sesiapa.
Malah turut memberikan nasihat untuk cuba bertanya khabar terlebih dahulu dengan cara yang betul kerana sekiranya tersilap ia boleh menyinggung perasaan orang lain terutama jika ia melibatkan soal kematian.
Melihat di ruangan balas, ketika ditanya adakah rakan tersebut hadir ketika arwah dikebumikan? Asyraf menjawab ketika surat itu diminta mereka masih menunggu keputusan ujian swab sebelum adiknya itu dihantar ke bahagian Forensik.
Manakala terdapat satu lagi ciapan yang menjelaskan perkara yang sebenar dan memaklumkan individu berkenaan meminta surat tu kerana adiknya pada ketika itu hendak pulang ke pusat pengajian tetapi mahu melawat rakan iaitu arwah buat kali terakhir.
Dalam masa sama dia turut memaklumkan Individu itu memohon maaf atas ketelanjurannya yang meminta surat tersebut dengan cara yang tidak sopan kepada ahli keluarga Asyraff.
Menjawab kepada isu itu, Asyraf memaklumkan dia sudah memaafkan individu tersebut cuma terkilan kerana jenazah masih lagi di Forensik tetapi orang sudah minta sijil kematian.
“Biarlah ahli keluarga selesai urusan semua barulah nak minta surat ke. Bukannya tak nak bagi, cuma cara itu salah,” katanya.
Dia dalam masa sama, turut meminta agar orang ramai, mendoakan perkara yang baik serta tidak mahu individu tersebut dikecam kerana tujuan berkongsi hanya sebagai peringatan buat semua.
“Jangan normalise benda-benda macam ni. Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Airul Ikmal Affizan Bin Mohd Fauzi,” ciapnya.
Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…
Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…
Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…
Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…
Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…