“Bersatu Kita Teguh” – Wanita Ini Buat Majlis Perkahwinan Anak di Tokong Raih Perhatian Ramai

Kerja kahwin atau kenduri perkahwinan bukanlah sesuatu perkara yang mudah, terlalu banyak benda yang perlu disediakan.

Antara perkara paling penting sudah tentunya lokasi bagi majlis tersebut. Lokasi yang stratergik akan memudahkan tetamu untuk mencarinya terutama bagi mereka yang tidak biasa dengan kawasan tersebut.

Sebagai contoh bagi mereka yang berbangsa Melayu akan memilih untuk melakukan majlis seperti di masjid, surau, dewan atau ada juga di rumah.

Buat majlis perkahwinan di tokong

Namun sedikit berbeza dengan seorang wanita dari Sarawak yang mengadakan majlis perkahwinan anaknya di sebuah tokong Tai Kun Miaw di Stutong, Kuching.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Siti Salbiah menerusi satu hantaran di laman Facebook miliknya yang berterima kasih kepada pihak tokong tersebut kerana telah memberi kebenaran untuk melakukan majlis perkahwinan anaknya di situ.

Katanya, meskipun mereka berbilang bangsa serta agama tetapi mereka saling hormat-menghormati antara satu sama lain.

Sudah menetap 30 tahun di kawasan tersebut

Foto: FB Siti Salbiah

Jelasnya, dia sudah 30 tahun menetap di kawasan kaum Cina dan hanya rumahnya sahaja yang berbangsa Melayu tetapi hubungannya dengan jiran tersebut baik dan menyatakan mereka semua baik.

“Terima kasih Tai Kun Miaw kerana memberi kebenaran kepada saya untuk tumpang kawasan tokong bagi majlis kahwin anak saya.

“Gambar yang unik kiriman dari kawa saya Zurinajulia Abdullah, kita satu Malaysia lain agama lain bangsa tapi saling menghormati.

“Lebih 30 tahun diami kawasan cina rumah kami je Melayu tapi saya dengan jiran-jiran Cina okay, mereka semua baik,” kata Siti Salbiah.

Foto: Siti Salbiah

Majlis seperti itu hanyar di Sarawak

Melihat di ruangan komen, rata-rata orang ramai menyatakan perkara itu hanya ada di Sarawak dan ia menjadikan satu keunikan buat negeri Bumi Kenyalang tersebut.

‘Bangga menjadi orang Sarawak, semua bangsa bagai satu keluarga’

‘Alhamdulillah dapat jiran yang baik hati’

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Pelancong Tak Patuh Peraturan, Lokasi Cantik Ambil Gambar Gunung Fuji Bakal Ditutup Dengan Penghadang

Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) di…

25 mins ago
  • Trending

Pelanggan Terkejut Ada Katak Dalam Lemang [Video]

Menerusi video, pelanggan kelihatan seperti tidak mempercayai terdapat bangkai katak di dalam lemang yang baru…

45 mins ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

3 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

3 days ago