Baru 2 Minggu Berkahwin, Rider Makanan Maut Dirempuh SUV Di Persimpangan Lampu Isyarat

Semalam (23 Sept) media melaporkan satu kemalangan maut telah berlaku di persimpangan lampu isyarat Jalan Meru/Jalan Haji Sirat, Batu Belah, Klang, Selangor sekitar jam 2 petang.

Dalam kejadian yang membabitkan lima buah kenderaan tersebut, seorang rider penghantar makanan maut manakala seorang lagi cedera parah selepas dirempuh dua buah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Nissan X-trail dari arah bertentangan yang terbabas selepas bergeser sesama sendiri.

Insiden tersebut turut tular di media sosial hingga menimbulkan kemarahan orang ramai yang bersimpati dengan nasib yang menimpa kedua-dua mangsa dan pengguna jalan raya lain yang tidak bersalah.

Baru berumah tangga pada 9 September

Apa yang menyayat hati apabila mangsa yang maut, Muhaimin Mohd Said, atau dikenali sebagai Amin baru sahaja mendirikan rumah tangga dua minggu yang lalu bersama isteri, Nur Izwana Othman, 26.

Khabar duka tersebut dikongsikan kakak sepupu mangsa iaitu Emma Aynor, menerusi satu hantaran di Facebook miliknya.

“Allah. Sedihnya dapat berita adik sepupu (Amin) baru je menikah beberapa minggu dah dijemput Allah. Arwah kemalangan di Jalan Meru.”

Dalam satu lagi hantaran berbeza,Emma memaklumkan Allahyarham yang berusia 34 tahun berkahwin pada 9 September lalu.

Lebih mendukacitakan apabila beliau tidak berkesempatan bertemu arwah sewaktu majlis pernikahannya itu.

“Angah tak dapat bersama masa hari Amin nikah. Rupanya memang tak ada rezeki untuk berjumpa Amin lagi. Baru bernikah pada 9 September lalu. Hari ini (23 Sept), Amin dah balik (meninggal dunia). Takziah buat seluruh keluarga.”

Kakak sepupu arwah, Emma Aynor

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao dalam satu kenyatan media berkata, kedua-dua pemandu Xtrail tersebut, masing-masing berumur 20 tahun dan 24 tahun telah ditahan untuk siasatan lanjut.

“Siasatan mendapati, persimpangan berkenaan mempunyai empat lorong di mana dua lorong jalan terus dan dua lorong untuk membelok ke kanan.

“Sebuah kenderaan jenis Nissan X-trail yang memandu di lorong kiri hendak membelok ke kanan, tiba-tiba kenderaan jenis sama di lorong kanan hendak jalan terus dan berlaku perlanggaran.

“Kedua-dua kenderaan itu terbabas di mana Nissan X-trail yang berada di lorong kanan melanggar sebuah motosikal yang berada di arah bertentangan.

“Manakala Nissan X-trail yang berada di lorong kiri melanggar sebuah motosikal Grab Food dan kereta Proton Wira yang juga berada di arah bertentangan,” kata S Vijaya.

Keluarga harap hukuman setimpal dikenakan kepada pihak yang menjadi punca.

Dalam pada itu, kakak mangsa, Zuraidah Mohd Said yang reda dengan apa yang terjadi berharap pihak berkuasa akan mengenakan hukuman setimpal terhadap pihak yang menjadi punca kematian adiknya dan seorang lagi penunggang motosikal yang cedera parah.

“Kami sekeluarga reda dengan pemergiannya di hari Jumaat. Kami terima ketentuan Allah SWT. Terima kasih kepada semua yang mendoakan arwah,” kata Zuraidah.

Recent Posts

  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

2 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

3 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

3 hours ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

4 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

5 hours ago