Graduan Diploma Kecewa Sukar Masuk IPTA Tempatan, Sebaliknya Dapat Tawaran Dari Universiti UK

Semua pasti bersetuju kalau kami katakan kebanyakan individu yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat pengajian tinggi pasti akan menjadikan Universiti Awam (UA) atau dahulunya dipanggil sebagai IPTA sebagai pilihan utama mereka.

Ini kerana UA bukan sahaja dapat menawarkan kualiti pembelajaran yang lebih tinggi malahan faktor yurannya yang agak berpatutan.

Namun disebabkan permintaan yang begitu tinggi, sudah tentu terdapat kuota kemasukan sekaligus menyebabkan segelintir pemohon gagal mendapat tempat di UA yang diinginkan mereka baik menerusi permohonan terus kepada universiti (khususnya Post Grad) mahupun menggunakan UPU.

Terbaharu tular di Twitter satu perkongsian seorang graduan diploma tempatan yang meluahkan rasa kecewanya apabila permohonannya menerusi UPU bagi kemasukan sesi 2022/23 akan datang telah ditolak.

Namun apa yang mengejutkan ialah permohonan graduan dengan CGPA 3.95 ini menerusi sistem Universities and Colleges Admissions Service (UCAS) untuk ke universiti di United Kingdom pula diterima iaitu dari dua universiti terkenal.

“Keputusan saya. UPU vs UCAS. Saya tak faham apa yang tak kena dengan UPU ini, tak dapat satu langsung pun?”

Menerusi ciapan sama, dia turut berkongsi tangkap layar tawaran yang diterimanya iaitu dari University Of Nottingham dan University Of Sheffield bagi jurusan Mechanical Engineering.

Kecewa 5 pilihan tak berjaya

Apa yang menyedihkan pemuda ini ialah kelima-lima permohonan universitinya telah ditolak.

“Sedih rasa, apa pun tak dapat. Tahu ramai pesaing tapi tak akan tiada satu pun?”

Sudah buat rayuan

Firdaus Lee ketika dihubungi bagaimanapun memaklumkan sudah membuat rayuan menerusi UPU agar kemasukannya ke UA tempatan diterima.

Jelasnya UA tempatan masih menjadi pilihan utama untuk melanjutkan pengajian peringkat undegrad sebelum menyambung pengajian ke UK.

“Saya tengah buat rayuan. Masih memohon untuk universiti yang sama. Sini (Malaysia) sahaja lah dulu. (Sambung) Masters nanti baru fikir ke UK,” katanya kepada BuzzKini.

Apa-apa pun kami doakan rayuannya dan semua yang gagal diterima pada intake pertama akan berjaya kelak.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 day ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 day ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 day ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

2 days ago