Cuak Kena Marah Sebab Balik Lambat, Kanak-Kanak Buat Laporan Palsu Konon Nyaris Diculik

Hanya kerana takut dimarahi keluarga akibat lambat pulang ke rumah, seorang pelajar di sebuah sekolah rendah di Taman Angsana, Kulim sanggup mereka cerita dan membuat laporan polis palsu kononnya dia nyaris diculik di sekitar kawasan berkenaan.

Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad, pelajar tahun empat tersebut telah membuat laporan pada 17 September mengatakan dia dan abangnya yang berusia 13 tahun hampir diculik.

Mengikut kertas laporan, kanak-kanak ini mendakwa dia dan abangnya sedang berada di sebuah kawasan perumahan sebelum dihampiri seorang lelaki tidak dikenali yang ingin bertanyakan lokasi sebuah sekolah kepada mereka kira-kira jam 3.30 petang.

“Kanak-kanak itu mendakwa, dia bersama abangnya kemudian pergi menunjukkan lokasi sekolah berkenaan kepada lelaki terbabit. Dia juga mendakwa ketika dalam perjalanan, lelaki itu berhenti membuang air kecil di kawasan hutan berhampiran.

“Dia seterusnya mendakwa terdengar lelaki berkenaan memberitahu seorang rakan yang dihubungi melalui telefon bimbit mengenai rancangan untuk menculiknya,” katanya dipetik dari Berita Harian.

Terpaksa lari ke jalan besar untuk minta tolong

Kanak-kanak itu kemudian mendakwa terpaksa berlari ke jalan besar demi menyelamatkan diri sebelum mendapatkan pertolongan dari seorang lelaki yang tidak dikenali untuk menghantarnya pulang.

“Bagaimanapun, hasil siasatan lanjut mendapati kanak-kanak itu membuat laporan polis kerana bimbang dimarahi keluarga selepas dia lewat pulang ke rumah.

“Kita sudah memanggil ibu bapa murid itu untuk memberi penerangan berhubung kes terbabit. Kes itu diklasifikasikan sebagai tiada berlaku sebarang kesalahan (NOD),” katanya.

Kenyataan Wan Hassan sekaligus menepis posting yang tular di Facebook semalam (26 Sept) kononnya terdapat cubaan menculik melibatkan seorang kanak-kanak di Kulim pada Ahad lalu.

Menerusi hantaran tersebut, mangsa dikatakan terpaksa bergelut dengan penculik di kolam udang di belakang sebuah sekolah sebelum berjaya melepaskan diri.

Namun menurut Wan Hassan, hantaran asal berkenaan sudah pun dipadam oleh pemilik akaun berkenaan.

Wan Hassan dalam masa sama turut menasihati orang ramai supaya tidak mudah percaya dan menyebar berita yang tidak sahih lebih-lebih lagi membabitkan isu sensitif.

Baca artikel berkaitan :

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

“Tahun Terakhir Saya Sebagai Penyanyi” – Aliff Syukri Umum Undur Diri Dari Dunia Nyanyian

Menurut usahawan terkenal itu, dia sudah putus asa dan mahu memberikan peluang kepada artis-artis baharu…

8 hours ago
  • Trending

Lelaki Handsome Bila Berduit? Ini Pendapat Golongan Wanita [Video]

Topik ini mula timbul selepas video seorang influencer TikTok bertanya kepada beberapa individu apakah definisi…

8 hours ago
  • Trending

Kejadian Kepala Air Di Lata Iskandar Cetus Kerisauan Ramai [Video]

Menurut Amsyar, insiden dirakam kira-kira jam 7.40 pagi pada 13 Mei ketika dia menuju ke…

9 hours ago
  • Trending

Penunggang Motosikal Dikecam Selamba Rosakkan Cermin Sisi Ativa Ketika Di Jalan Raya [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan penunggang motosikal terbabit memukul cermin sisi kereta Ativa berkenaan dan menyebabkan…

10 hours ago
  • Trending

“Maaf Hanya Mampu Bawa Pergi Kedai Eco” – Lelaki Bawa Ibu Pergi Kedai RM2 Sempena Hari Ibu Raih Perhatian [Video]

Melalui video yang dikongsikan itu, kelihatan ibu pemuda berkenaan dilihat sedang memilih bunga perhiasan serta…

11 hours ago
  • Trending

Ramai Kagum Lihat Wanita Jaga Ibu ‘Bedridden’, Siap DIY Katil [Video]

Menurut Aisyah ayahnya sakit sejak tahun 2021 kerana sakit saraf manakala si ibu pula sakit…

12 hours ago