Ibu Strok Tertinggal IC, Pegawai Bank Sanggup Datang Ke Kereta Bantu Uruskan Terima Pujian Ramai [Video]

Sebelum ini tular di media sosial apabila seorang warga emas yang mengalami masalah lumpuh terpaksa diusung menggunakan katil ke bank bagi mengantikan kad miliknya yang sudah tamat tempoh.

Video tular itu mendapat kritikan ramai yang mana rata-rata pengguna media sosial menyelar pihak bank tersebut yang tidak mencari alternatif lain dalam membantu warga emas terbabit.

Baca artikel berkaitan: Wanita Dakwa Terpaksa Bawa Ibu Lumpuh Ke Bank Semata-mata Untuk Perbaharui Kad ATM [Video]

Pegawai bank sanggup berjalan keluar bantu memudahkan urusan pesakit

Namun lain ceritanya dengan video satu ini apabila seorang wanita memuat naik video memaparkan seorang pegawai bank sanggup berjalan keluar dari bank bagi membantu memudahkan urusan ibunya yang sedang sakit

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @s..nass, kejadian tersebut difahamkan berlaku di sebuah cawangan bank CIMB di Machang, Kelantan.

Ibu pesakit strok datang ke bank untuk keluarkan duit tertinggal IC

Menurut wanita itu, ibunya yang juga penghidap penyakit strok ingin ke bank bagi menguruskan pengeluaran wang.

Namun warga emas terbabit tertinggal Kad Pengenalan (IC) miliknya di rumah dan hanya membawa salinan IC bersama pada ketika itu.

“Datang bank, bawa mak yang stroke. Nak bawak keluar duit mak, tapi tertinggal kad IC pula.” Tulisnya di dalam video.

Perjalanan pulang ke rumah mengambil masa 2 jam

Difahamkan, perjalanan dari rumah ke bank berkenaan mengambil masa sekitar dua jam menyebabkan mereka terpaksa meminta budi bicara pihak bank untuk menyelesaikan urusan terbabit dengan menggunakan salinan IC sahaja.

Perasaan simpati terhadap warga emas terbabit menyebabkan pihak bank membenarkan proses dijalankan hanya menggunakan salinan IC sahaja.

Apa yang lebih mengharukan, salah seorang pegawai bank berkenaan sanggup untuk datang ke kereta bagi memudahkan urusan warga emas tersebut dalam mengeluarkan wang dengan mengambil cap jari.

“Ada IC copy je. Nak balik rumah ambil kad IC, jauh. Ambil masa 2 jam pula. Tapi dengan jasa baik budi bicara pihak bank, Alhamdulillah boleh. Pegawai bank datang ke kereta amil cop jari mak settle,” tulisnya lagi.

Pegawai bank terima pujian, patut dijadikan contoh

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan pegawai bank tersebut dan berpendapat beliau harus dijadikan contoh dalam memudahkan urusan orang yang sedang mengalami sakit dan tidak berkemampuan.

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

9 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

10 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

10 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

11 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

14 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

14 hours ago