Tidak dinafikan proses mengajar mereka yang baharu sahaja ingin mengambil lesen memandu bukanlah suatu perkara yang mudah.
Malah para tenaga pengajar ini juga perlu berdepan dengan bermacam-macam kerenah pelajar.
Baru-baru ini, tular satu video dikongsikan oleh Appy Pyna di TikTok yang memaparkan gelagat seorang pengajar yang mengulas tentang pelajarnya yang sedang menjalani latihan memandu di bahagian bukit.
Menerusi video tersebut, kelihatan sebuah kereta Axia yang dipandu oleh seorang pelajar berada di bawah bukit sebelum bergerak untuk mendaki bukit terbabit.
Untuk melepasi ujian di bahagian bukit ini pemandu perlu memberhentikan kereta sebaik sahaja tayarnya berada dalam garisan kuning dan mengunakan tiang di sebelah kiri dan kanan sebagai rujukan.
Namun apa yang membuat guru ini mula berceloteh apabila pelajar tersebut telah memberhentikan kenderaannya sebelum sampai ke garisan kuning tersebut.
“Cuba betul-betul buat tu, tak sampai, tak sampai line (garisan) tu turun balik,La ilaha illallah turun habis,” kata guru tersebut.
Dia kemudian meminta pelajar itu melakukannya sekali lagi, tetapi cubaan kedua pelajar itu terlajak lebih dari garisan hingga membuatkannya pening.
“Iya, sabar kau ni hai, haa lagi sekali. Dah mati enjin pulak dah. Naik, ha tengok tu tiang sampai dekat mana… dah lebih pulak dah.
“Sampai atas line, huh mana gayanya ini kalau ujian baru masuk kereta dah gagal,” katanya lagi.
Tidak mahu berputus asa dengan mudah, pelajar itu kemudian mencuba sekali lagi apabila dilihat menurunkan kenderaan yang dipandunya untuk naik semula ke atas bukit berkenaan.
Namun cubaan kali ketiganya itu turut tidak menjadi apabila dia tersalah mengambil ‘side’ hingga terlanggar tiang di bukit itu sehingga tumbang.
“Itu dah ke kanan sangat, huh entahlah dik,” katanya dengan nada geram.
Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan cara guru tersebut mengulas keadaan itu. Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman mereka semasa mengambil lesen dahulu.
Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…
Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…
Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.
Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.
Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…
Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…