Wartawan Buat Laporan UMNO Mahu Ajar Akar Umbi Berenang, Persediaan Hadapi PRU Ketika Banjir [Video]

Isnin lalu (10 Oktober), Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob secara rasmi telah mengumumkan pembubaran parlimen bagi membuka ruang kepada pelaksanaan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dalam usaha mengembalikan semula mandat kepada rakyat.

Pengumuman tersebut ternyata mendapat pelbagai respon di mana ada yang bersetuju dan ada juga yang bimbang memandangkan PRU15 bakal diadakan ketika negara memasuki fasa peralihan Monsun Timur Laut yang mungkin mengundang risiko bencana banjir.

Susulan itu, kebanyakan parti-parti politik sudah mengatur rencana dan juga strategi bagi menghadapi PRU kali ini jika ia terjadi tatkala negara dilanda bencana banjir agar setiap rakyat Malaysia dapat menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

Ajar berenang bagi menghadapi situasi banjir ketika PRU

Namun tiada siapa menyangka, idea untuk mengajar berenang kepada ahli akar umbi bagi menghadapi situasi banjir merupakan satu cadangan yang turut dikemukakan.

Menerusi perkongsian rakaman yang dimuat naik di laman TikTok akaun @im_faizhafizi, wartawan yang bertugas telah bercakap mengenai persediaan yang bakal dibuat oleh UMNO untuk PRU15 ketika sesi Perjumpaan Khas parti tersebut.

@im_faizhafizi

Umno ajar akar umbi berenang pru musim banjir 🤣🤣🤣#umno #bn #pas #ph #pru #musimhujan

♬ original sound – Faiz Hafizi – Faiz Hafizi

UMNO bincang strategi kempen dalam fasa musim tengkujuh

Menurut wartawan tersebut, pertemuan dari ahli UMNO itu turut membincangkan mengenai strategi kempen dalam fasa musim tengkujuh memandangkan parti berkenaan yang mencadangkan agar PRU15 diadakan pada tahun ini juga.

“Corak kempen itu nanti perlulah ada kos tambahan seperti adanya bot dan mungkin agak lucu namun dimaklumkan mereka juga atau ahli akar umbi ini akan diajar cara berenang sebagai ciri-ciri keselamatan dalam menempuhi banjir itu nanti,” kata wartawan itu.

Ulasan tersebut mendapat reaksi pelbagai dari orang ramai. Ada yang mengatakan wartawan tersebut seakan memerli dan ada juga yang memberikan komen yang menghiburkan mengenai cadangan tersebut.

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

13 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

14 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

14 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

15 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

18 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

18 hours ago