Pemandu Wanita ‘Buli’ Axia Hingga Nyaris Cetus Kemalangan Sudah Ditahan Polis [Video]

Baru-baru ini tular di media sosial beberapa rakaman dashcam bertarikh 14 Oktober memperlihatkan sebuah Toyota Fortuner berwarna putih dipandu secara merbahaya di Jalan Tebrau, Johor Bahru.

Menerusi video tersebut, pemandu kereta berkenaan iaitu seorang wanita dilihat bersikap seperti ‘samseng jalanan’ dengan niat membuli gara-gara tidak berpuas hati dengan pemilik dashcam yang berada di laluan kanan tidak memberikannya ruang untuk memotong.

Sebaik diberikan ruang, dia yang sudah memotong secara tiba-tiba masuk ke ruang tengah sebelum memberhentikan keretanya membuatkan kenderaan Axia milik pemilik dashcam terpaksa berhenti mengejut.

Tindakan Fortuner berkenaan ternyata menimbulkan rasa panik kepada pemandu Axia tersebut yang juga seorang wanita.

Dia yang tampil menerusi satu hantaran di Facebook mengakui kesilapannya berada di laluan kanan namun menjadi panik disebabkan hon yang panjang selain keretanya dicucuk rapat oleh SUV terbabit.

Nyaris jadi punca kemalangan

Apa yang lebih menakutkan apabila perbuatan suspek nyaris menyebabkan Axia berkenaan dirempuh treler dari arah belakang.

Difahamkan had laju di jalan tersebut adalah 80km/j.

Suspek ditahan polis di sekitar JB pada Jumaat malam

Menurut laporan Berita Harian, perbuatan ala samseng yang dilakukan pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) itu akhirnya memakan diri apabila dia ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata, wanita berusia 40 tahun yang memandu Fortuner itu ditahan di sekitar bandar JB pada hari sama sekitar jam 8.33 malam.

“Semalam (14 Oktober) polis mengesan satu rakaman video tular memaparkan sebuah kenderaan jenis Toyota Fortuner yang dipandu secara merbahaya bukan sahaja kepada pihaknya sendiri tetapi juga pemandu jalan raya lain.

“Siasatan mendapati suspek sengaja memberhentikan kenderaan secara mengejut, menyebabkan kereta jenis Perodua Axia di belakang turut berhenti secara mengejut sehingga hampir dirempuh treler,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Kereta disita namun suspek dibebaskan dengan jaminan polis

Ujian air kencing bagaimanapun mendapati suspek bebas daripada sebarangan pengambilan bahan terlarang mahupun pengaruh alkohol.

Sehubungan itu polis turut menyita Toyota Fortuner yang digunakan wanita berkenaan dalam kejadian tersebut.

Dia bagaimanapun akhirnya dilepaskan dengan jaminan polis sementara menunggu hasil siasatan dilengkapkan.

“Pihak polis mengingatkan orang awam khususnya pengguna jalan raya untuk sentiasa bertolak ansur dan bertimbang rasa untuk mengelak daripada berlakunya sebarang insiden tidak diingini.”

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

5 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

6 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

6 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

7 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

10 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

10 hours ago