PRU15: ‘Ayahanda’ Rani Kulup Umum Bertanding Di Port Dickson Atas Tiket BPN

Pesara tentera dan aktivis masyarakat popular, Abdul Rani Kulup Abdullah atau lebih dikenali sebagai ‘Ayahanda’ Rani, menyatakan bakal bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ayahanda Rani, 67, mewakili parti Barisan Penyatuan Nasional (BPN), dijangka akan berhadapan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun daripada Pakatan Harapan (PH), serta pelakon dan pengarah, Dr Ahmad Idham Ahmad Nazri yang akan dicalonkan Gerakan Tanah Air (GTA), setakat ini.

20 tahun berjuang bawa suara rakyat

Menurut Rani yang juga Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), beliau membuat keputusan memasuki dunia politik setelah lebih 20 tahun berjuang membawa suara rakyat melalui platform pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Tambahnya, selama ini beliau ikhlas memperjuangkan nasib masyarakat tanpa mengambil kira kaum dan agama, malah pernah sanggup turun padang mengadakan perjumpaan dengan orang ramai di bawah pokok untuk tujuan tersebut.

Masuk politik demi berbakti pada masyarakat

Menurutnya lagi, tujuannya menyertai dunia politik bukanlah untuk bersaing dengan mana-mana parti atau sesiapa, sebaliknya hanya mahu menabur budi dan berbakti kepada masyarakat.

“Saya adalah bekas tentera yang pencen sejak 1995 selepas berkhidmat selama 22 tahun dalam pasukan itu. Saya percaya, saya boleh membantu bukan saja warga tentera tetapi juga orang awam.

“Selama ini, saya banyak bergerak mewakili NGO berjumpa wakil rakyat untuk membantu orang ramai. Kini, sampailah masanya untuk saya berkhidmat sebagai wakil rakyat pula (jika menang pada PRU15),” katanya pada sidang media, semalam (26 Oktober).

19 November tarikh mengundi

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 19 November sebagai Hari Pengundian bagi PRU15 nanti.

Perkara itu diumumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh pada satu sidang media selepas pihaknya mengadakan mesyuarat khas di Ibu Pejabat SPR pada 20 Oktober lalu.

Baca artikel berkaitan:

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

12 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

19 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

3 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

3 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

3 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

3 days ago