Graduan Pilu Bapa Meninggal Dunia 6 Jam Sebelum Terima Ijazah

Hari konvokesyen merupakan detik bersejarah yang dinantikan oleh setiap individu yang bergelar mahasiswa.

Malah ketika inilah mereka ingin mendedikasikan kejayaan tersebut selepas berhempas-pulas selama beberapa tahun untuk membanggakan ibu bapa.

Bapa meninggal beberapa jam sebelum majlis konvokesyen

Namun siapa sangka hari yang sepatutnya diraikan dengan kegembiraan bertukar menjadi duka apabila bapa kepada seorang graduan dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ini meninggal dunia pada jam 1 pagi tadi (1 November) sebelum majlis graduasinya berlangsung.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook rasmi UniSZA, graduan yang dikenali sebagai Muhammad Hafiz Mokhtar, 27, memaklumkan bapanya Mokhtar Mat Isa berusia 65 tahun jatuh di sebuah inap desa di Teluk Ketapak, Terengganu, pada awal pagi tadi disebabkan mengalami serangan jantung.

Bapa disahkan meninggal dunia, gagahkan diri hadir untuk terima skrol

“Melihat keadaan ayah semakin teruk, saya terus membawanya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) menaiki kereta namun sampai sahaja di hopital ayah disahkan meninggal dunia,” katanya.

Walaupun berduka dengan kehilangan bapa yang disayangi, graduan ini tetap menguatkan dirinya untuk hadir menerima ijazahnya di Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA kali ke-14 pada pagi tadi.

Skrol berkenaan kemudian disampaikan oleh Pro Canselor UniSZA, YM Tunku Datuk Nooruddin Tunki Datuk Seri Shahabuddin.

Bapa teruja nak datang

Menurut graduan yang memegang Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Antropologi dan Dakwah) dengan Kepujian ini, bapanya merupakan insan yang paling teruja untuk ke majlis tersebut memandang ia adalah pengalaman pertama buat keluarganya.

Dia dalam masa sama turut memaklumkan jenazah bapanya itu sudah dibawa pulang ke Kampung Selayang Baru pada pukul 8 pagi tadi, dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Selayang Baru, Selangor, hari ini.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 day ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 day ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 day ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 day ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

1 day ago