PRU 15: BN Gugur 4 Nama Besar Termasuk Annuar & Shahidan, Cabaran Buat KJ Di Sungai Buloh

Semalam (1 November), Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah mengumumkan nama-nama calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Berbeza berbanding PRU sebelumnya, kali ini calon yang kekal ialah Khairy Jamaluddin Abu Bakar sementara Tan Sri Annuar Musa, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Datuk Seri Shahidan Kassim, dan Datuk Zahidi Zainul Abidin digugurkan.

KJ calon BN kerusi P.107 Sungai Buloh

Spekulasi kerusi bakal ditandingi Khairy Jamaluddin akhirnya terjawab apabila Menteri Kesihatan itu diumum sebagai calon Parlimen Sungai Buloh.

Difahamkan, Khairy tidak mempertahankan kerusi Rembau yang disandangnya sejak 2008 ekoran Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang ingin bertanding di kerusi berkenaan.

KJ akui cabaran besar dan akan berikan yang terbaik

Mengakui amanat untuk bertanding di kawasan itu merupakan cabaran besar buat dirinya, Khairy bagaimanapun berjanji akan tetap memberikan yang terbaik demi meyakinkan masyarakat di sana.

“Alhamdulillah saya baru sahaja diumumkan sebagai calon BN bagi kerusi P.107 Sungai Buloh.

“Walaupun cabaran besar, saya akan buat yang terbaik untuk jumpa dan meyakinkan seramai mungkin pengundi Sungai Buloh untuk memberi peluang kepada saya,” tulisnya.

10 nama besar diganti calon baharu

Pada masa sama, Annuar akan digantikan dengan Ketua Puteri Umno Kelantan Marzuani Ardila Ariffin di Parlimen Ketereh, sementara Ketua Puteri Umno, Datuk Zahida Zarikh Khan pula akan bertanding di Parlimen Padang Besar menggantikan Zahidi.

Manakala di Arau, Shahidan digantikan dengan Rozabil Abdul Rahman dan Khairul Azuan Harun akan menggantikan Tajuddin di Parlimen Pasir Salak.

Selain 4 figura tersebut, nama besar yang turut digugurkan oleh kepimpinan Barisan Nasional adalah Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Abdul Mutalib (Maran); Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah (Jasin) dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar).

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

20 hours ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

1 day ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

1 day ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

1 day ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

1 day ago